Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

KFA Putus Tidak Lagi...

ALOR SETAR – Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) memutuskan tidak lagi menggunakan khidmat Liridon...

Kerajaan Berhasrat Menjadi Negara...

KUALA LUMPUR : Kerajaan berhasrat menjadikan negara sebagai hab umrah serantau dalam usaha...

Ribut Petir Ketika Ini...

KUALA LUMPUR - Keadaan hujan lebat dan ribut petir melanda kebanyakan kawasan pantai...

Pelajar Beri Biskut Dicampur...

LOS ANGELES - Seorang remaja perempuan di California didakwa mencampurkan abu mayat datuknya...

Saya Sedia Disiasat SPRM, Selamat Berjaya Muhyiddin – Zahid Hamidi

JOHOR BAHRU : “Saya sentiasa terbuka, kerana saya pernah disiasat dan sudah pernah dibawa ke mahkamah, jadi saya bersedia pada bila-bila masa sahaja.”

Ikuti Mynewshub: Telegram

Itu reaksi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang sedia menyahut cabaran Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, perkara itu (tindakan undang-undang) bukanlah perkara baharu dalam perjuangan politiknya kerana sudah mempunyai pengalaman tersebut.

“Apa yang saya mahu beritahu kepada beliau (Muhyiddin) adalah agar jangan tepuk air di dalam dulang dan jangan meludah ke langit kerana akan terkena diri sendiri.

“Muhyiddin perlu hadapi apa yang perlu dihadapi, saya sudah hadapinya,” katanya diminta mengulas kenyataan Muhyiddin yang mencabar SPRM supaya turut menyiasat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahmad Zahid tentang sumber dana politik yang diperoleh mereka dalam menerajui PKR dan UMNO selama ini.

Ahmad Zahid ditemui selepas Majlis Pengenalan Calon-Calon Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Peringkat Negeri Johor di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, di sini hari ini.


Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau turut mengucapkan selamat berjaya kepada bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu.

Muhyiddin dilaporkan berkata, gesaan itu bagi memastikan siasatan sumber dana politik dibuat secara adil dan sama rata dan bukan beliau seorang sahaja yang patut didakwa di mahkamah.

“Oleh kerana kedudukan saya sebagai Presiden Bersatu dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), saya dilihat sebagai pencabar utama kepada Anwar dan Zahid yang tubuhkan kerajaan. Sebab itu, saya jadi mangsa pendakwaan politik terpilih dan terancang,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori