Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Pukul Isteri Kedua, Jaga...

PETALING JAYA - Akibat memukul isteri keduanya sehingga cedera enam bulan lalu, seorang...

Pertandingan Foto Dapat Sambutan...

PUTRAJAYA - Pertandingan Foto Hari Kebangsaan 2015 hasil inisiatif Timbalan Menteri Pendidikan, P....

Suri Rumah Dipenjara Kerana...

IPOH – Seorang suri rumah dipenjara enam bulan dan didenda RM15,000 oleh Mahkamah...

Kaya Betul!! Dermawan Biayai...

Seorang saudagar belian dari India mencuri tumpuan dunia apabila dia berbesar hati membiayai...

Selangor Rekod RM60.1 Bilion Pelaburan Tahun Lalu

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor merekodkan RM60.1 bilion pelaburan membabitkan pelbagai sektor termasuk perkilangan dan perkhidmatan sepanjang tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perdagangan & Perindustrian dan Industri Kecil Dan Sederhana (IKS), Datuk Teng Chang Khim berkata, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), 265 projek perkilangan diluluskan berstatus projek baharu dengan nilai pelaburan RM12.21 bilion di Selangor.

Katanya, daripada jumlah keseluruhan nilai pelaburan projek perkilangan itu, sebanyak RM7.57 bilion adalah pelaburan asing manakala bakinya RM4.64 bilion pelaburan tempatan.

“Sektor perkhidmatan merekodkan pelaburan berjumlah RM47.9 bilion dan jumlah pelaburan keseluruhan dalam sektor lain-lain yang diperoleh kerajaan adalah RM60.1 bilion.

“Ini menjadikan Selangor berada di tempat kedua dalam keseluruhan (pelaburan) negeri di Malaysia,” katanya pada sesi penggulungan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Bagi tempoh tiga tahun kebelakangan ini, beliau berkata, sekitar 80 peratus projek yang diluluskan sudah dilaksanakan.

“Ia adalah angka yang tinggi dan membanggakan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan & Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail ketika sesi penggulungan berkata, lebih 20,000 penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan Platform Selangor (PLATS) untuk mengembangkan perniagaan serta meluaskan capaian pasaran.


Katanya, platform secara maya itu adalah satu daripada usaha negeri untuk melengkapkan agenda pendigitalan dan bukan pesaing kepada sektor swasta.

“Kerjasama dengan pihak berkepentingan dapat membantu golongan sasar mengadaptasi ekonomi digital seperti transaksi tanpa tunai dan p-hailing (Foodpanda, Grab Food),” katanya.

Dalam pada itu, Rodziah berkata, Perbadanan Teknologi Maklumat Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) turut berperanan penting dalam melaksana transformasi digital melalui tiga sektor utama.

Beliau berkata, sektor berkenaan meliputi e-dagang, permulaan dan pendigitalan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mula dilaksanakan di beberapa daerah di Selangor.

“Ia termasuk e-dagang, penghantaran makanan dan barangan serta pembayaran tanpa tunai melalui Jelajah Usahawan Digital Selangor,” katanya.

PLATS diperkenal pada 2020 bagi melengkapkan ekosistem agenda pendigitalan Selangor susulan penularan COVID-19 dan ditambah baik bagi memastikan peniaga menjana pendapatan sepanjang masa.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori