Muar : Kertas siasatan kebakaran yang menyebabkan kematian empat beradik di Kampung Sabak Awor, di sini akan dikemuka kepada pejabat pendakwa raya sekiranya terdapat elemen kecuaian atau jenayah disengajakan.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, setakat ini siasatan awal tidak menolak kemungkinan kebakaran berpunca daripada litar pintas.
Bagaimanapun, pihaknya tetap melakukan siasatan dari segala aspek secara menyeluruh dan masih menunggu laporan forensik bomba mengenai punca kebakaran.
“Sekiranya ada unsur kecuaian daripada dapatan pihak bomba, jadi fokus kita akan ke arah bawa kertas siasatan kepada pihak pendakwa raya… (nilai) sama ada kecuaian atau jenayah mahupun jenayah yang tidak disengajakan,” katanya yang ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini hari ini.
Raiz Mukhliz berkata, pihaknya bersama bomba akan meneruskan program advokasi berkaitan keselamatan kanak-kanak ketika berada di rumah termasuk apabila berhadapan situasi kecemasan.
Dalam kejadian 7.49 malam tadi, empat beradik berusia antara tiga tahun hingga lapan tahun meninggal dunia selepas rumah mereka terbakar.
Mereka ditemui tidak sedarkan diri oleh pasukan bomba dalam bilik air di rumah separa kekal itu.
-Harian Metro
You actually make it appear really easy along with your presentation however I to find this topic to be
actually one thing which I feel I might never understand.
It seems too complex and very broad for me.
I’m having a look forward on your subsequent submit, I’ll attempt to get the cling of it!
Escape room
I was reading some of your content on this internet
site and I conceive this web site is rattling instructive!
Keep on putting up.?