Kuala Lumpur : Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan kajian penggunaan sistem kutipan tol tanpa henti yang dikenali sebagai Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) akan dilaksanakan pada tahun hadapan.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Abdul Rahman berkata, bagi penggunaan sepenuhnya di lebuh raya, pihaknya menjangkakan ia akan dilakukan pada 2025.
“Jumlah trafik atau kenderaan yang melalui plaza tol di jaringan lebuh raya bertol di Malaysia adalah empat ke lima juta sehari.
“Oleh itu, kerajaan komited dalam menambah baik mutu pengurusan lebuh raya terutama sistem kutipan tol agar pengguna tidak perlu bersesak membuat bayaran di plaza tol,” katanya ketika menggulung Belanjawan 2023 KKR peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata, pengurusan sistem kutipan tol MLFF ini digunakan di kebanyakan negara maju.
“Ia seterusnya melancarkan perjalanan trafik di lebuh raya khususnya kawasan plaza tol.
“Pelaksanaan MLFF ini adalah Masa Depan Tol dan Perjalanan selaras dengan pelan tindakan sistem pengangkutan Kementerian Kerja Raya,” katanya.
-Harian Metro