Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ezad Exist Kantoi Positif...

Perintah reman dikeluarkan selama empat hari oleh Mahkamah Majistret Selayang kepada penyanyi dan...

Radikalisme Cabaran Terbesar Keselamatan...

KUALA LUMPUR - Mencegah kalangan belia daripada menjadi golongan radikal adalah cabaran terbesar...

Hafiz Suip Kini Sah...

DENGAN sekali lafaz juara Akademi Fantasia musim ke-7, Hafiz Suip kini sah bergelar...

Ahli Parlimen Kuching Kecam...

Tindakan Anggota Parlimen Kuching Chong Chieng Jen dari parti DAP, yang mengecam lagu...

Siti Nuramira Cuti Sakit, Perbicaraan Ditangguh

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes Siti Nuramira Abdullah yang didakwa mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam di Mahkamah Sesyen di sini ditangguhkan hingga esok kerana wanita itu cuti sakit akibat gastroenteritis.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Peguam R. Sivaraj yang mewakili Siti Nuramira, 27, memaklumkan perkara itu semasa prosiding perbicaraan di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab Razak.

“Saya dimaklumkan pada pagi ini bahawa anak guam saya telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dan didiagnosis dengan gastroenteritis yang menyebabkan dia demam, muntah dan kekejangan perut.

“Saya diberikan sijil cuti sakit Siti Nuramira, tapi saya hanya mempunyai salinan digital. Penjamin akan hadir ke mahkamah untuk membawa salinan asal cuti sakit berkenaan,” kata peguam itu pada prosiding yang turut dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob.


Nor Hasniah kemudian menangguhkan perbicaraan hari ini selepas melihat salinan asal sijil cuti sakit yang diserahkan kepada mahkamah oleh penjamin Siti Nuramira yang dikenali sebagai Kiran.

Pada 13 Julai tahun lepas, Siti Nuramira dalam persembahan pentas di Kelab Komedi Crackhouse dikatakan mengaku sebagai Muslim yang menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum bertindak membuka tudung serta menanggalkan baju kurung, dan perbuatan itu menyebabkan suasana tidak harmoni atas alasan-alasan agama dalam kalangan penganut agama Islam.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail di sini pada 6 petang 4 Jun 2022 mengikut Seksyen 298A (1) (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun, jika sabit kesalahan.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori