Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Delegasi EU Puji Pindaan...

KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan meminda Rang Undang-Undang (RUU) Dadah Berbahaya (Pindaan) 2017...

Afdlin Shauki, Altimet Sertai...

KUALA LUMPUR - Pelakon dan pelawak Datuk Afdlin Shauki serta penyanyi rap Syed...

Nik Abduh Selar Jaja...

KOTA BHARU - Nik Abduh Nik Abdul Aziz menyelar tindakan sesetengah bekas pimpinan...

Tayangan FIFA 2018 Tak...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjelaskan projek Rundingan Terus (RT)...

‘Skim Gaji Penjawat Awam Jadi Keutamaan Bila Pendapatan Bertambah’

PUTRAJAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa skim gaji penjawat awam akan menjadi keutamaan kerajaan apabila pendapatan negara bertambah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, perkara berkaitan skim gaji itu, ia tidak mungkin dilaksana dalam masa terdekat.

“(Penjawat awam) tanya mengenai skim gaji, itu bila pendapatan negara bertambah, skim gaji jadi keutamaan penjawat awam, insya-Allah.

“Untuk bulan ini ngak mungkin (tidak mungkin) pak,” katanya pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Sebelum ini, CUEPACS menggesa kerajaan memberi jaminan padu kepada penjawat awam untuk mencari jalan menyediakan skim gaji dan upah yang lebih kompetitif kepada mereka.

Menyifatkan permintaan CUEPACS itu bukanlah bermakna ia perlu dilaksanakan serta-merta, Presidennya, Datuk Adnan Mat, berkata sebahagian daripada penjawat awam terutama dalam kumpulan sokongan, membabitkan keluarga berpendapatan rendah dan perlu dibantu.

Susulan kenyataan CUEPACS itu, Perdana Menteri berkata, kadar gaji dan upah penjawat awam akan dibincang semula setelah ‘kantung’ kewangan negara bertambah baik selain defisit kewangan negara dapat dikurangkan.


Perdana Menteri mengakui beliau secara peribadi, tidak berpuas hati apabila melihat gaji dan upah semasa penjawat awam ketika ini, berbanding tugas serta komitmen yang diberikan.

Dalam pada itu, Anwar turut memaklumkan akan memberikan beberapa gambaran positif termasuk hasil dan pendapatan negara pada sesi penggulungan di Dewan Rakyat pada Khamis ini.

“Tapi insya-Allah hari Khamis dalam penggulungan, bagi pihak jemaah menteri, saya akan gulung.

“Bagi pihak JPM dan Kementerian Kewangan selain daripada yang sudah dibuat menteri-menteri, saya akan memberi beberapa gambaran yang sangat positif, baik dari segi hasil kita, pendapatan negara, jumlah pelaburan yang ‘real’, ini bukan MoU (perjanjian persefahaman) ya, ada orang kata ada beza MoU dengan MO Do.

“Jadi kalau saudara yang senior yang pernah berada di MITI, tahu pengumuman pelaburan RM30 bilion, tapi kadang-kadang dua tahun tidak sampai lagi.

“Jadi sebab itu saya setuju dengan rakan jemah menteri, elok kita gunakan kaedah berbeza untuk menyatakan apa yang berlaku bulan ini atau bulan-bulan berikutnya dari segi tindakan,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori