Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bekas Ketua Pemuda Pas...

ATAS kertas belum cukup sebulan kalah, namun bekas Ketua Pemuda Pas Pusat, Suhaizan...

Rungutan Tentang Gua Gomantong...

SANDAKAN - Kerajaan Sabah akan mencari jalan terbaik bagi menangani keadaan di Gua...

Kerajaan Selaras Data Kemiskinan

KUALA LUMPUR - Kerajaan kini dalam rangka untuk menyelaraskan data kemiskinan melalui Survei...

Sultan Selangor Rasmi Masjid...

KLANG - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan merasmikan Masjid...

SPRM Nafi Dakwaan Ada Campur Tangan Dalam Siasatan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan bahawa siasatan yang dijalankan berhubung program Jana Wibawa adalah bebas daripada sebarang campur tangan mana-mana pihak.

Ikuti Mynewshub: Telegram

SPRM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa siasatan terhadap beberapa individu berhubung program tersebut merupakan inisiatif berasaskan maklumat serta bukti-bukti yang diperolehi sendiri oleh suruhanjaya berkenaan.

“Kertas-kertas siasatan yang telah dilengkapkan kemudian dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk kajan dan pertimbangan sewajarnya.

“Proses siasatan tersebut adalah bebas daripada sebarang campur tangan mana-mana pihak,” kata kenyataan itu hari ini.

Jelas suruhanjaya tersebut, segala tohmahan yang mengatakan siasatan SPRM dijalankan atas arahan pihak tertentu dan bermotifkan politik adalah tidak benar sama sekali.


“Segala tohmahan tersebut adalah tidak benar serta telah menjejaskan imej suruhanjaya ini,” tegas kenyataan itu.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika bercakap pada sidang akhbar selepas keluar daripada ibu pejabat SPRM semalam memaklumkan bahawa terdapat arahan daripada pihak paling berkuasa dalam pentadbiran negara yang mengarahkan agar beliau didakwa di mahkamah.

Muhyiddin mendakwa SPRM tidak menemui sebarang bukti terhadap segala pertuduhan yang dikaitkan dengan beliau iaitu projek Jana Wibawa dan rayuan pembatalan cukai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari.

“Tetapi telah ada arahan daripada pihak yang paling berkuasa dalam pentadbiran negara supaya saya didakwa. Jadi, walau apapun penjelasan yang saya berikan, saya tetap akan didakwa,” ujar beliau.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori