Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

AirAsia Nafi Tony Fernandes...

KUALA LUMPUR – AirAsia hari ini menafikan sekeras-kerasnya laporan yang mendakwa Ketua Pegawai...

Isu Korea Utara: 5,000...

KUALA LUMPUR - Lebih 5,000 jemaah hari ini menyertai solat hajat yang diadakan...

Ukir Mall Dicadang Dijadikan...

ALOR SETAR - Pemuda UMNO Kedah hari ini menyerahkan memorandum mencadangkan Kompleks Ukir...

Suami Isteri Mati Dibunuh...

DUA beradik tiri yang sedang bercinta mengaku membunuh ibu bapa mereka sebelum mayat...

SPRM Tahan Pegawai Sendiri, Buru ‘Datuk Roy’ Bersabit Rasuah Jana Wibawa

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawainya dan tiga lagi individu termasuk seorang wanita, pada Khamis lalu, kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM400,000 bagi mengelakkan siasatan membabitkan kes program Jana Wibawa.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Wanita berkenaan sudah dibebaskan dengan jaminan SPRM, manakala tiga lagi suspek sedang berada dalam reman hingga esok.

SPRM kini sedang mengesan seorang lelaki dikenali ‘Datuk Roy’ yang dipercayai perancang utama dalam kes rasuah melibatkan siasatan kes berkenaan.

Lelaki itu yang berusia lingkungan 50-an sebelum ini pernah dituduh di mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan rasuah.


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan penangkapan yang dilakukan itu.

“SPRM sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak, termasuk pegawai sendiri sekiranya terbabit dalam sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori