Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pahang Kekal Pendahulu Liga...

KUALA LUMPUR - Pahang mengekalkan kedudukan teratas dalam saingan Liga Super selepas mencatat...

‘Pasti Kau Milikku’ Penuh...

KUALA LUMPUR – Kumpulan Pretty Ugly, yang telah sekian lama menyepi, tampil dengan...

Lelaki Dibunuh Selepas Dituduh...

SEORANG lelaki Kanada, Sebastian Paul Woodroffe, telah dibunuh dengan kejam oleh penduduk di...

Penangan Apple, Ribuan Kecoh...

HANGAT... Apple Inc. mengadakan ‘Promosi Jualan Gudang’ selama tiga hari bermula hari ini...

Tembak Isteri: Lans Koperal Direman Tujuh Hari

Kangar : Anggota polis yang menembak mati isterinya di sebuah rumah di Simpang Empat, di sini semalam, direman tujuh hari sehingga 12 Mac ini, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Suspek, 27, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis disyaki membunuh mangsa, Safsufarnisya Salleh, 26, yang juga seorang suri rumah.

Mangsa ditembak dengan lebih daripada lima das tembakan, menggunakan pistol Walter P99 dari jarak dekat, dan ia mengenai bahagian muka di mata kirinya.

Kejadian di sebuah bilik di kediaman pasangan terbabit di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, di sini.

Perintah reman dikeluarkan 9 pagi oleh Majistret Mahkamah Kangar, Ana Rozana Mohd Nor di dalam sebuah wad di Hospital Tuanku Fauziah di sini.

Suspek yang juga Lans Koperal kini dirawat dan bakal menjalani pemeriksaan psikiatri di hospital itu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop ketika dihubungi mengesahkan reman suspek.


Beliau berkata, pihaknya menyiasat motif suspek bertindak sedemikian.

“Kita juga sedang menyiasat dari pelbagai aspek sama ada suspek terbabit dengan penyalahgunaan dadah, faktor kemurungan atau permasalahan membabitkan mental.

“Ini disebabkan tiada sebarang pergaduhan mahupun pertikaman lidah berlaku antara pasangan terbabit sebelum kejadian itu,” katanya.

Dalam kejadian 6 pagi semalam, suspek dipercayai baru pulang dari tugasannya sebelum menembak mati isterinya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori