Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hijab Pegawai Polis NZ...

CHRISTCHURCH - Buat pertama kalinya selepas serangan pengganas di masjid di Christchurch, kelibat...

LTTE: Mahkamah Tolak Permohonan...

BUTTERWORTH - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menolak permohonan jaminan dua individu...

Pecah Amanah Wang Milik...

PETALING JAYA - Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari...

Pengeluaran Getah Asli Merosot...

KUALA LUMPUR - Pengeluaran getah asli Malaysia pada Oktober 2019 merosot 21.4 peratus...

Tiga ‘Airboat’ Milik Sultan Johor Terbabit Operasi Bantu Mangsa Banjir

JOHOR BAHRU: Tiga ‘airboat’ berkuasa tinggi milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, digerakkan bagi operasi menyelamat, memindahkan serta membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan kritikal.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sultan Ibrahim berkenan membenarkan aset milik baginda itu digunakan bagi tujuan berkenaan berikutan bencana banjir melanda beberapa daerah di negeri ini.

“Hari ini, ‘Airboat’ baginda digunakan bagi tujuan penghantaran bekalan makanan ke penempatan Orang Asli yang terputus hubungan.

“Airboat dikemudi Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar, yang kemudian membawa bekalan makanan ke Kampung Orang Asli Pucur di Kahang.


“Tunku Abu Bakar mengemudi selama hampir 40 minit menyusuri Sungai Kahang, dalam keadaan hujan lebat sebelum menyampaikan bantuan bekalan makanan kepada mangsa banjir,” kata kenyataan dimuat naik di akaun rasmi Sultan Johor, hari ini.

Operasi menghantar bantuan itu turut disertai anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid dan ADUN Kahang, V Vidyananthan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori