Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Tekong, 7 Warga Myanmar...

ALOR SETAR - Polis menahan seorang tekong darat bersama enam warga Myanmar dalam...

Nasib 3 Pemain Ditentukan...

NILAI - Nasib tiga pemain pasukan bola sepak Malaysian Indian Sports Council-Malaysia Indian...

Rasuah Bukan Lagi Ancaman...

PUTRAJAYA – Rasuah yang berlaku ketika ini bukan lagi merupakan ancaman biasa kerana...

Polis Sangkal Gambar Tular...

KUALA LUMPUR – Polis mengingatkan orang ramai supaya tidak percaya dengan gambar pengiraan...

Tiga Rumah Hangus, 47 Penghuni Terselamat

Tawau : Seramai 47 penghuni membabitkan 10 ketua isi rumah (KIR) tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka di Batu 2, Lorong Masjid At-Taqwa Tawau Lama, dekat sini, musnah dalam kebakaran malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, tiga rumah papan satu tingkat musnah sepenuhnya ketika kebanyakan penghuninya menunaikan solat tarawih di masjid berdekatan.

Mangsa, Erniati Bacho, 40, berkata kejadian dipercayai bermula dari sebuah rumah di tingkat bawah sebelum merebak.

“Ketika itu, saya sedang berehat di ruang tamu, manakala suami masih di masjid solat tarawih sebelum dikejutkan dengan jeritan jiran memaklumkan berlaku kebakaran.

“Sebaik melangkah keluar, saya lihat kepulan asap tebal dan api marak yang sudah membakar sebahagian struktur termasuk dinding rumah jiran sebelah.

“Ini kali kedua rumah terlibat dalam kejadian kebakaran dan berharap diberi peluang untuk menduduki Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah seliaan Majlis Perbandaran Tawau (MPT),” katanya sambil bersyukur kerana sempat menyelamatkan diri bersama beberapa dokumen penting.


Seorang lagi mangsa, Iqbal Danial Mario, 16, berkata, kebakaran itu turut memusnahkan semua kelengkapan sekolah termasuk pakaian dan buku-buku teks.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.26 malam sebelum sepasukan 18 anggota dan pegawai bersama dua buah jentera (FRT) serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Operasi memadam kebakaran mengambil masa hampir 50 minit dan api berjaya dikawal pada jam 9.16 malam sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada 11.10 malam.

“Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori