Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hasrat Bapa Hidap Kanser...

KUALA LUMPUR - Satu status Facebook viral pada Sabtu lalu menunjukkan salah seorang...

PPBM Akan Lindungi Kepentingan...

PUTRAJAYA – Kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai parti Melayu adalah kerana...

Dataran Merdeka Ditutup Sementara...

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan tutup sementara padang Dataran Merdeka kepada orang...

Vidal Tinggalkan Bayern Munich

BARCELONA mencapai persetujuan untuk dengan Bayern Munich untuk mengikat Arturo Vidal. Pemain tengah itu...

TikTok Larang Iklan Politik

PETALING JAYA: TikTok Malaysia tidak lagi membenarkan sebarang bentuk kandungan berbayar yang mempromosikan berkaitan politik dalam platform media sosial berkenaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Justeru, Ketua Dasar Awam TikTok, Hafizin Tajudin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa aplikasi itu membantu promosi kandungan sebuah parti politik sehingga ia tular.

Katanya, pihaknya hanya mempromosikan sebahagian kecil video untuk membantu mempelbagaikan pengalaman kandungan serta memperkenal selebriti dan pencipta baharu dalam komuniti TikTok.

“Bagaimanapun, kami tidak membenarkan iklan politik di platform, yang diperkukuhkan lagi melalui perubahan dalam dasar akaun kerajaan, ahli politik dan parti politik (GPPPA) dibuat tahun lalu.

”Untuk itu, kami tidak membenarkan iklan berbayar yang mempromosikan atau menentang calon, kerajaan, pemimpin semasa, parti politik atau kumpulan, atau isu di peringkat persekutuan, negeri atau tempatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kelmarin, seorang pemilik akaun Twitter mendakwa, moderator TikTok boleh membantu menjadikan sesuatu kandungan video tular selain terdapat bekas pekerja di TikTok yang juga ahli sebuah parti politik.


Berhubung bekas pekerja yang berkhidmat sebagai penyederhana kandungan, Hafizin menjelaskan, mereka tidak mempunyai sebarang kuasa atau akses kepada sebarang bentuk alat promosi untuk kandungan.

“Kami mempunyai sistem jaminan kualiti yang kuat untuk memastikan bahawa pendapat politik atau peribadi pekerja kami tidak menjejaskan kualiti dan etika kerja mereka, termasuk ketika melaksanakan tugas penyederhanaan kandungan.

“Keputusan penyederhanaan kandungan TikTok adalah berdasarkan satu set garis panduan komuniti yang ditakrifkan dengan jelas dan mempunyai lapisan semak dan imbang.

“Ia termasuk jaminan kualiti dan penyemak fakta pihak ketiga untuk menegakkan keselamatan dan memastikan keadilan secara sederhana,” jelasnya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori