Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Rakyat Mesti Tumpu Taat...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan...

Kementerian Diminta Percepat Projek...

KUALA LUMPUR - Setiap kementerian telah diminta untuk mempercepatkan projek pembangunan kerana ia...

UMNO Perlukan Kepimpinan Berprinsip...

SEREMBAN – Dalam usaha untuk merawat, memulih dan membangunkan semula parti, UMNO memerlukan...

Kes HFMD Di Kedah...

ALOR SETAR - Jumlah kes penyakit tangan, kali dan mulut (HFMD) di Kedah...

Ulama UMNO Peringat Pihak Persenda Inisiatif Menu Rahmah

Peniaga yang terbabit menyediakan Menu Rahmah adalah tergolong dalam golongan abrar (berkebajikan) dan mendapat pujian Allah SWT, kata Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama Umno, Mohd Khairuddin Aman Razali.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Atas usaha mereka itu, katanya, orang ramai wajar mendoakan agar peniaga berkenaan diberikan rezeki yang bertambah serta diberkati.

Pada masa sama, kata bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Pusat itu, pihak yang mempersenda Menu Rahmah dibimbangi boleh tergolong dalam kalangan mereka yang dimurkai tuhan.

“Kepada para pengusaha makanan yang mampu menyediakan Menu Rahmah dengan meraih untung yang kecil sahaja kita doakan rezeki mereka sentiasa diberkati dan dilipatgandakan oleh Allah,” katanya melalui hantaran di media sosial hari ini.

Tambah Mohd Khairuddin peniaga yang menyediakan Menu Rahmah melakukan kebajikan dan ia sudah dijanjikan oleh Allah untuk menerima balasan baik berlipat ganda sama ada semasa di dunia atau akhirat.

“Pengusaha-pengusaha Menu Rahmah ini termasuk dalam kategori golongan al-abrar iaitu orang-orang berkebajikan sebagaimana pujian Allah,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Isu Menu Rahmah sudah menjadi polemik sejak beberapa ketika dengan sesetengah pihak mempertikaikan keberkesanannya.

Tak sebut Menu Rahmah

Ada juga pihak yang mempersendakan inisiatif kerajaan sama ada secara langsung atau tidak.

Sebelum ini Ahli Parlimen Kapar Dr Halimah Ali seasam berbahas di Dewan Rakyat didakwa mengaitkan pemakanan dan Menu Rahmah dengan risiko penyakit termasuk kanser dan autisme.


Dia bagaimanapun sudah pun meminta maaf “andai ada ucapan” yang disebutkannya disalah erti.

Beberapa hari lalu pula Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, dan Perpaduan Nasional Terengganu Hanafiah Mat didakwa mempersenda inisiatif berkenaan melalui kandungan di media sosial.

Dia yang juga Adun Chukai bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Kata Mohd Khairuddin inisiatif Menu Rahmah dibuat bagi membantu orang ramai yang berpendapatan kecil dan terpaksa makan di luar atas pelbagai faktor.

“Ia bukan menu untuk keluarga di rumah yang boleh memasak dengan kos yang lagi rendah.

“Ia juga salah satu inisiatif di saat peningkatan kos hidup kerana faktor semasa ekonomi dunia selepas Covid-19,” katanya lagi.

Sementara itu Utusan Online hari ini melaporkan Hanafiah akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan video dan mendakwa dia memperlekeh hidangan Menu Rahmah.

Tanpa menamakan sesiapa Hanafiah mendakwa individu terbabit berniat jahat dan mahu menjatuhkan reputasinya sebagai exco Terengganu yang mempunyai rekod cemerlang dalam menjaga kebajikan rakyat di negeri berkenaan .

“Tidak pernah terfikir dan terlintas dalam hati saya untuk menghina Menu Rahmah, malah dalam video saya, tidak ada satu perkataan pun yang saya sebut mengenai Menu Rahmah,” katanya dipetik portal berkenaan.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori