Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Dicadang Kurangkan Peratusan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadang mengurangkan potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)...

Jenazah Pelajar Lemas Di...

SEPANG - Jenazah pelajar Malaysia yang lemas di New Zealand Ahad lepas, Abdul...

Arab Saudi Tetapkan Selang...

RIYADH : Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menetapkan selang masa 10 hari...

DBKL Wujud Zon Khas...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan penstrukturan trafik baharu di...

Zahida Umum Bertanding Jawatan Ahli MKT UMNO

Bekas ketua Puteri Umno Zahida Zarik Khan menawarkan diri bertanding bagi jawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada pemilihan akan datang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dia berkata pengalaman dalam MKT atas kapasiti sebagai naib ketua dan ketua sayap itu sebelum ini akan digunakan sebaiknya untuk terus bersama-sama pucuk pimpinan parti.

“Umno sudah melalui banyak fasa kalah menang, susah senang, krisis politik dan sebagainya.

“Namun sebagai orang parti, kita pilih untuk terus bersetia menghadapi badai dan setiap cabaran dalam perjuangan,” katanya dalam catatan di Facebook, hari ini.

Pada PRU15 lalu Zahida bertanding di kerusi Parlimen Padang Besar dan tewas kepada Rushdan Rusmi dari PN.

Zahida berkata pemilihan Umno kali ini adalah ruang demokrasi bagi akar umbi menentukan barisan kepimpinan, termasuk dalam MKT.


“Justeru itu, saya Zahida Binti Zarik Khan, dengan penuh rasa rendah diri menawarkan khidmat sebagai salah seorang calon Ahli MKT Umno bagi sesi 2023 – 2026.

“Mohon doa, sokongan dan undi daripada para pejuang parti semua. Salam Perjuangan,” katanya lagi.

Sementara itu Jawatankuasa Pemilihan Umno dilaporkan memaklumkan secara keseluruhannya seramai 383 calon layak bertanding di peringkat pusat pada pemilihan sesi 2023-2026.

Pengerusinya Shahrir Samad berkata seramai lapan orang menawarkan diri bertanding bagi jawatan naib presiden, 95 orang calon bagi MKT, dua calon pengerusi tetap dan 10 calon timbalan pengerusi tetap.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori