Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Wanita MCA Tawar Pakej...

KUALA LUMPUR - Wanita MCA hari ini menawarkan 100 tempat kepada guru prasekolah dan mereka yang berminat untuk...

2 Lelaki Samun RM70...

ALOR SETAR - Dua lelaki bersenjatakan kapak dan batang besi menyamun sebuah kedai...

Tangki Minyak Bergolek Rempuh...

BERUAS - Sebuah tangki minyak terjatuh daripada treler yang mengangkutnya lalu bergolek di...

Benteng Pemecah Ombak Perlu...

KOTA BHARU - Benteng pemecah ombak perlu dibina di sepanjang pantai Pulau Kundur...

1,147 Kemalangan Direkodkan Hari Ketiga Op Selamat 20

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,147 kes kemalangan direkodkan pada hari ketiga pelaksanaan Op Selamat 20 di seluruh negara, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu membabitkan 1,720 kenderaan pelbagai jenis dengan 73.7 peratus daripadanya adalah kereta.

“Statistik jumlah kenderaan terbabit kemalangan jalan raya menunjukkan 1,268 adalah kereta, motosikal (209), pacuan empat roda (4WD) (102), kenderaan pelbagai guna (MPV) (85), van (36), lori (11), bas (tujuh) dan teksi (dua),” menurutnya dalam kenyataan melalui Facebook, hari ini.


Semalam, media melaporkan 1,389 kes kemalangan dicatat di seluruh negara berdasarkan statistik hari kedua Op Selamat 20, kelmarin.

Sehubungan itu, JSPT menasihati semua pengguna jalan raya supaya sentiasa peka ketika memandu bagi mengelak risiko kemalangan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori