Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lelaki Tak Mengaku Salah...

KOTA BHARU - Lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas...

Leka Bermain Di Surau,...

MALANG tidak berbau. Itulah yang berlaku kepada seorang kanak-kanak lelaki apabila tangannya patah...

SOP Pembukaan Sempadan Kini...

PUTRAJAYA : Prosedur operasi standard (SOP) pembukaan sempadan negara akan diumumkan dalam tempoh...

1,360 Kes Baharu COVID-19,...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,360 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah...

2 Lelaki Ditahan Simpan Senapang, Ganja Dan Bahan Buat Alat Letupan

ALOR SETAR: Polis menahan dua lelaki dalam serbuan berasingan di dua kediaman di Baling kerana disyaki menyimpan senapang patah, ganja seberat 2.49 kilogram (kg) dan sejumlah kotak besi disyaki bahan membuat alat letupan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, serbuan dilakukan 28 Mac lalu jam 6.30 pagi membabitkan sepasukan polis dari Cawangan D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah.

Beliau berkata, kedua-dua suspek yang ditahan berusia antara 34 hingga 60 tahun.

“Hasil pemeriksaan dalam sebuah rumah terbabit menemui selaras senapang patah berhulu kayu dan tiga paket plastik lutsinar disyaki mengandungi ketulan mampat daun kering disyaki ganja dengan anggaran berat 2.49 kg.


“Pemeriksaan di rumah seterusnya menemukan kotak besi yang di dalamnya mengandungi pelbagai bahan yang digunakan untuk membuat alat letupan.

“Semua barangan terbabit dirampas untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952, selain Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 3 Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori