Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Gaya Tarian Drake Dalam...

BUAT penggemar penyanyi Drake, pasti anda sudah mendengar dan melihat muzik video lagu...

Buruh Maut Rempuh Kereta...

KOTA BHARU – Seorang buruh maut manakala dua lagi parah selepas motosikal yang...

2 Beradik Warga India...

PETALING JAYA - Dua beradik lelaki warga India bakal berdepan hukuman mati selepas...

Not RM50 Bertaburan Atas...

TEKA-TEKI bagaimana wang kertas RM50 boleh melayang dan bertaburan atas Lebuhraya Bukit Timah Expressway...

21 Maut Hospital Terbakar Di Beijing, Siasatan Diteruskan

BEIJING : Siasatan sedang dijalankan selepas kebakaran melanda sebuah hospital di ibu negara China, Beijing mengorbankan 21 orang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Semalam, lapor AFP, pasukan tindak balas kecemasan menerima berita pada pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) bahawa kebakaran berlaku di Hospital Changfeng Beijing di Daerah Fengtai di ibu negara.

Bagaimanapun, api berjaya dipadamkan kira-kira setengah jam kemudian dan usaha menyelamat diteruskan selama dua jam lagi di mana 71 pesakit dipindahkan.

Pengguna media sosial menyiarkan video mengenai mangsa-mangsa kebakaran yang duduk di bahagian luar unit pendingin hawa manakala yang lain berpaut pada tali melompat dari bangunan.

Tiada butiran lanjut mengenai jumlah kecederaan yang dialami dalam kebakaran itu atau keadaan mangsa.

Menurut Beijing Daily, pegawai atasan bandar melawat hospital sejurus selepas kebakaran dengan Setiausaha Parti Beijing, Yin Li berikrar untuk mengenal pasti dengan cepat punca kemalangan dan mencari pihak yang bertanggungjawab.

Wartawan AFP menyaksikan sendiri terdapat berpuluh-puluh orang berada di luar pintu masuk hospital di mana sejumlah besar pegawai polis ditempatkan untuk menghalang orang ramai daripada mengambil gambar.

Beberapa tingkap hospital kelihatan hitam dan sekurang-kurangnya satu pecah dengan kesan jelaga kelihatan pada bahagian muka bangunan.

Tidak dapat dipastikan sama ada semua penghuni hospital itu ditemukan dan dipindahkan dari kebakaran yang berada di bangunan timur jabatan pesakit dalam hospital swasta itu.


Menurut laporan Beijing Daily, kematian disahkan selepas mangsa dibawa ke hospital lain yang tidak dikenali untuk rawatan kecemasan.

Kata China Youth Daily dalam laporan berasingan, ramai ahli keluarga terputus hubungan dengan pesakit dengan yang hilang kebanyakannya adalah warga emas yang mengalami masalah mobiliti.

Seorang pegawai polis di tempat kejadian memberitahu AFP, bandar itu mungkin akan membuat pengaturan yang sesuai bagi menjaga saudara-mara mangsa.

Hospital Beijing Changfeng terletak di kawasan bandar barat ibu kota, kira-kira 25 minit dari Dataran Tiananmen.

Kebakaran maut adalah perkara biasa di China disebabkan oleh piawaian keselamatan yang dan penguatkuasaan yang lemah.

Sepuluh orang maut dalam kebakaran blok apartmen di barat laut Xinjiang pada November tahun lalu, mencetuskan protes terhadap penutupan Covid-19 yang dipersalahkan kerana menghalang usaha menyelamat.

Sementara itu, 38 orang terbunuh dalam kebakaran di sebuah kilang di tengah China, juga pada November, dengan pihak berkuasa menyalahkan pekerja melakukan kerja-kerja kimpalan secara haram.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori