Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Mereka Kena Rogol, Pukul...

ALOR SETAR - "Dalam fikiran saya hanya ada satu sahaja - mati. Saya...

Kedai Roti Mahathir Pun...

GAGAL LAGI... Khabarnya ramai netizen propembangkang gempar apabila kedai roti premium, The Loaf,...

Ali Arah KSU, Ketua...

PUTRAJAYA - Semua ketua setiausaha kementerian dan ketua perkhidmatan telah diarah menjalankan siasatan...

Kerabat Diraja Johor Maut,...

JOHOR BAHRU - Seorang wanita kerabat diraja Johor maut manakala anaknya perempuannya cedera...

3 Rumah Terbakar Tengah Malam, Warga Emas Rentung

BALING: Seorang wanita warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran yang memusnahkan tiga rumah di Taman Seri Baling, Jalan Weng, di sini, tengah malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mangsa terkorban dikenali sebagai Lim Phaik Luang @ Lim Pek Aie, 82, yang dilaporkan tinggal sendirian di sebuah daripada rumah terbabit.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.01 tengah malam sebelum mengarahkan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) ke lokasi.

Beliau berkata, anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Baling turut tiba di lokasi kejadian untuk membuat kawalan.

“Sebaik tiba di lokasi, api didapati sedang marak dan anggota polis membuat kawalan sementara menunggu pihak bomba tiba. Pasukan bomba dengan kekuatan 10 anggota kemudian melakukan operasi pemadaman dan berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hasil pemeriksaan, Shamsudin berkata, pihak bomba menemukan satu mayat rentung selepas mangsa dipercayai terperangkap di dalam rumah berkenaan ketika kebakaran. Tiada mangsa lain dilaporkan terbabit dalam insiden itu.

Beliau memaklumkan ketika kejadian, anak mangsa datang ke tempat kejadian dan mengesahkan rumah yang terbakar adalah milik ibunya.


Menurut saksi pula, katanya, kebakaran dipercayai bermula dari rumah si mati sebelum merebak ke kediaman lain yang terletak bersebelahan.

“Berdasarkan laporan awal diterima daripada pihak bomba, punca kebakaran disyaki lintas pintas dan didapati tiada unsur jenayah, setakat ini. Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Siasatan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah berkata, kebakaran membabitkan tiga rumah kelas B dua tingkat dengan kemusnahan 90 peratus rumah pertama dan kedua, manakala rumah ketiga pula 80 peratus.

Katanya, seorang wanita warga emas yang ditemukan rentung telah diserahkan kepada polis pada jam 3.30 pagi, dan operasi ditamatkan pada jam 5.14 pagi tadi.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori