Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Video: Iklan Lelaki Kulit...

IKLAN strategi pemasaran sebuah jenama sabun tempatan yang menampilkan wanita 'mencuci' seorang lelaki...

Bicara Kes Thanagaraj Sokong...

PENJAGA stor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, hari ini...

Generasi TN50 Teruskan Perkasa...

TAWAU - Generasi Transformasi Nasional 2050 (TN50), khususnya di Sabah, perlu meneruskan komitmen...

2 Wanita Islam Dipilih...

CHICAGO - Dua wanita Islam, kedua-duanya dari parti Demokrat telah dipilih oleh para...

40 Peratus Arah Kiblat Lembah Klang Tersasar

KUALA LUMPUR : Pelbagai faktor termasuk kesilapan membaca kompas ketika membuat penentuan sendiri arah tempat bersolat, menyebabkan kira-kira 40 peratus daripada 5,000 kediaman umat Islam yang diperiksa sekitar Lembah Klang, tersasar daripada kedudukan kiblat yang tepat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Keadaan itu menyaksikan ada antara tempat atau ruang solat di sesebuah kediaman itu tersasar sehingga 180 darjah daripada kedudukan sebenar.

Situasi itu dikesan Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor (PAFNS) selepas memeriksa lebih 20,000 kediaman dan premis untuk ditentusahkan arah kiblat masing-masing.

Daripada jumlah itu, PAFNS mendapati hanya 5,000 yang diperiksa mempunyai penanda arah kiblat yang ditanda tuan rumah dengan 2,000 daripadanya jelas terpesong.

Baki 15,000 lagi belum ada penanda arah kiblat kerana rumah terbabit baharu hendak didiami dan PAFNS dipanggil membantu menentukan arahnya.

Arah tak tepat

Setiausaha Agung PAFNS, Abdul Latip Ibrahim, berkata dalam tempoh 10 tahun iaitu dari 2012 hingga 2022, sebanyak 20,000 rumah ditentusahkan arah kiblat oleh persatuan itu.

Katanya, jumlah itu sebenarnya kecil, berbanding nisbah penduduk Islam sekitar Lembah Klang khususnya di Selangor.

“Daripada 20,000 kediaman yang ditentusahkan, hanya sekitar 5,000 sahaja mempunyai tanda arah yang dibuat sendiri tuan rumah.

“Bagaimanapun daripada 5,000 rumah itu, hanya 3,000 rumah yang menggunakan kaedah Istiwa’ A’dzam sahaja yang tepat arah kiblatnya. Kaedah Istiwa’ A’dzam adalah kaedah bayang matahari ketika matahari atas kaabah iaitu pada 28 Mei, jam 5.16 petang dan 16 Julai, jam 5.28 petang.

“Sejumlah 2,000 kediaman lagi walaupun dilakukan penanda arah dengan menggunakan kompas dan aplikasi dalam talian, ia dikesan tidak tepat.

“Selain kaedah Istiwa’ A’dzam, terdapat tanda arah yang dibuat sendiri oleh tuan rumah, antaranya mereka menggunakan kompas, sama ada kompas fizikal atau aplikasi penunjuk arah kiblat,” katanya kepada BH.

Abdul Latip berkata, sepanjang pemeriksaan dan menentusahkan arah kiblat, ada pelbagai situasi yang mengejutkan ditemui pihaknya.


Katanya, ada pemilik kediaman membuat penentuan kiblat dengan menghadap matahari terbenam pada Disember, sekali gus mengakibatkan ia tersasar ke kiri sebanyak 46 darjah daripada arah yang sebenar.

“Ada juga kediaman tersasar sehingga 180 darjah atau membelakangkan kiblat dan hasil pemeriksaan mendapati, pemilik itu membaca kompas dengan terbalik.

“Selain itu, wujud kebiasaan masyarakat menggunakan kedudukan masjid berhampiran. Mereka ini membayangkan arah kiblat masjid, sedang rumahnya tidak sama dengan kedudukan masjid kerana terpisah dengan jalan dan sebagainya,” katanya.

Katanya, antara kes yang mengejutkan adalah melihat kedudukan sejadah yang ditinggalkan oleh tuan rumah dan menjadikan ia sebagai panduan penentuan arah kiblat sepanjang menyewa di kediaman berkenaan.

“Ada kes yang kita kesan, seorang penyewa membuat andaian sendiri, iaitu apabila dia melihat lipatan sejadah yang ditinggalkan tuan rumah.

“Rupa-rupanya sejadah itu dilipat ke belakang, lalu penyewa pun mengikut arah berlawanan daripada kiblat 180 darjah membelakangi kiblat,” katanya.

Kaedah matahari terbenam

Mengulas lanjut, Abdul Latip berkata, selain kompas, Istiwa’ A’dzam, masyarakat juga menggunakan kaedah matahari terbenam, namun perlu mengetahui nilai Azimuth (pengukuran sudut dalam sistem koordinat sfera) matahari terbenam.

Katanya, hanya matahari terbenam pada bulan Jun dan Julai sahaja yang bertepatan dengan arah kiblat.

“Pada bulan-bulan lain, perlu diketahui berapa nilai Azimuth matahari terbenam dan barulah dibuat penyesuaian dengan arah kiblat. Secara kasarnya, selain Jun dan Julai, ia hendaklah menghadap kekanan daripada matahari terbenam.

“Contohnya pada Disember, matahari terbenam pada kedudukan Azimuth 246 darjah, sedangkan kiblat pada Azimuth 292 darjah, jadi kita hendaklah mengarah ke kanan sebanyak 46 darjah untuk mendapatkan arah ke Kaabah.

“Pada bulan atau tarikh lain perlulah diketahui Azimuth matahari terbenam terlebih dahulu dan kesimpulannya, sekiranya kita menghadap sahaja arah matahari terbenam pada bulan Disember, kita akan terpesong sebanyak 46 darjah ke kiri dari arah kiblat,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori