Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

BAM: Projek Khas Bantu...

KUALA LUMPUR - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini menubuhkan satu projek khas...

Laporan Pemerdagangan Orang Tidak...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan banyak laporan berhubung pemerdagangan orang...

2 Lelaki Myanmar Ditemui...

KUALA LUMPUR - Dua lelaki warga Myanmar ditemui mati dengan kesan tikaman di...

Rasuah Hakim Syarie: Polis...

IPOH - Polis akan menjalankan siasatan dalaman terhadap dua anggotanya yang dikatakan terlibat...

50,783 Orang Disahkan Maut Gempa Bumi Turkiye

ISTANBUL: Seramai 50,783 orang dilapokan terkorban dalam dua gempa bumi kuat yang melanda selatan Turkiye pada awal tahun ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Lapor Agensi Anadolu, perkara itu didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Suleyman Soylu dalam satu temubual bersama saluran CNN Turk.

“Pada masa ini, terdapat 297 laporan orang hilang dengan 30 daripadanya berusia di bawah enam tahun.

“Seramai 20 orang berusia antara 7 hingga 12 dan 36 dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun.

“Daripada laporan itu, seramai 86 adalah kanak-kanak hilang dan bakinya orang dewasa,” katanya.

Menurut Suleyman, seramai 7,302 warga asing maut dalam gempa bumi tersebut.

Beliau berkata, proses pengecaman identiti 985 orang masih sedang dijalankan.


Katanya, sampel ujian asid deoksiribonukleik diambil daripada pemohon dari Idlib, Afrin, Jarablus, Azez dan Mare semasa proses pengecaman.

“Kami cuba memadankan sampel mereka. Jadi bukan semua 985 orang itu adalah rakyat Turkiye. Ada juga warga asing dalam kalangan mereka.

“Malah, ada tinggal bersendirian dan ada yang tidak mempunyai saudara mara. Itulah sebabnya, terdapat beberapa kes yang kami tidak dapat DNA,” katanya.

Pada 6 Februari lalu, gempa bumi berukuran 7.7 dan 7.6 magnitud yang berpusat di Kahramanmaras, turut menggegarkan 10 wilayah lain termasuk Hatay, Gaziantep, Adana, Adıyaman, Diyarbakir, Kilis, Malatya, Osmaniye, Elazığ dan Şanlıurfa.

Lebih 13 juta penduduk yang tinggal di kawasan itu terjejas akibat gempa bumi dahsyat itu.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori