Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

UMNO Sedia Beri Peluang...

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Jalaluddin Alias berkata parti itu bersedia menerima bekas...

Selepas 20 Tahun, Filem...

Siapa sangka, selepas lebih dua dekad ditayangkan di panggung wayang, sebuah filem masih...

Perwakilian Pemuda Jitu Berdiri...

Hadir sendiri membuat penjelasan dalam kemelut yang melanda pentadbiran beliau, Perdana Menteri, Datuk...

Lagu Terbaik Anugerah Juara...

TROFI juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-30 malam ini menjadi milik lagu Potret nyanyian Akim...

Aidilfitri: Kuota Bekalan Petrol RON95, Diesel Ditambah 2.3 Juta Liter

PUTRAJAYA : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meluluskan permohonan kuota tambahan pembekalan petrol RON95 dan diesel bersubsidi untuk diagihkan kepada 4,030 stesen minyak di seluruh negara sempena musim perayaan kali ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, bagi tujuan ini, kuota tambahan sebanyak 2.3 juta liter iaitu masing-masing 1.2 Juta liter atau 4 peratus untuk petrol RON95 dan1.1 Juta liter atau 8 peratus untuk diesel bersubsidi diluluskan.

Katanya, ia bagi keperluan kenderaan-kenderaan persendirian dan kenderaan pengangkutan awam iaitu bas-bas ekspres serta bas henti-henti ekoran kemungkinan berlaku peningkatan penggunaan bahan api berdasarkan jumlah kenderaan luar biasa di jalan raya bagi perjalanan pulang ke kampung, kunjung-mengunjung dan destinasi-destinasi lain.

“Selain itu, KPDN menyarankan semua syarikat minyak supaya bersiap-siaga dalam memastikan kelangsungan bekalan di rangkaian stesen minyak masing-masing di seluruh negara.

“Pada masa sama, semua stesen minyak diharapkan meningkatkan kawalan supaya jualan petrol RON95 dan diesel bersubsidi hanyalah untuk kenderaan yang memiliki nombor pendaftaran tempatan (Malaysia),” katanya dalam kenyataan hari ini.


Salahuddin berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana stesen minyak yang culas serta tidak mematuhi peraturan berkenaan.

Mengikut Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961, jelasnya, pengusaha stesen minyak juga bertanggungjawab memastikan bekalan adalah mencukupi di stesen masing-masing.

Pada masa sama, katanya, pengusaha stesen minyak juga diingatkan untuk mematuhi waktu operasi stesen minyak dan tidak sekali-kali menutup stesen minyak seliaan mereka tanpa kebenaran dari KPDN.

“Diharap dengan usaha ini akan dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada semua untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, Hari Wesak dan juga Hari Pekerja,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori