Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penternak Sokong Usul Mansul...

BERA - Penternak, petani dan peladang di sini menyokong usul Menteri Pertanian dan...

Aifa Azman Bantu Pasukan...

KUALA LUMPUR - Pemain muda Aifa Azman muncul wira Malaysia dalam aksi final...

Lelaki Kejam Jadikan Kekasih...

Perangai lelaki ini umpama binatang. Tanpa belas ihsan dan perikemanusiaan, dia mengheret seorang...

Pembangkang Politikkan Insiden Banjir...

KULIM - UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu kesal dengan perbuatan Penasihat Strategik Ketua...

Ancaman Serangan Laman Web Meningkat 197 Peratus

KUALA LUMPUR: Ancaman laman web yang menyasarkan perniagaan di Malaysia meningkat 197 peratus tahun lalu, menurut keselamatan siber global dan penyedia antivirus, Kaspersky.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kaspersky dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini berkata ketika pandemik berada di kemuncak pada 2020, ia menghalang 10,200,817 serangan laman web daripada menjangkiti perniagaan di Asia Tenggara.

“Serangan laman web melonjak pada 2022 dengan merekodkan 13,381,164 kes berbanding 9,180,344 kes pada 2021,” katanya.

Kaspersky berkata, Singapura mencatat lonjakan tertinggi tahun ke tahun dari segi ancaman web yang menyasarkan perniagaan tahun lalu.

“Negara di Asia Tenggara mencatatkan peningkatan lebih tiga kali ganda (329 peratus) selepas penyelesaian perniagaan Kaspersky menyekat sejumlah 889,093 serangan siber, kenaikan yang mengejutkan daripada jumlah keseluruhan 207,175 pada 2021.

“Peningkatan itu juga dicatat di negara Asia Tenggara lain dengan Malaysia (197 peratus), Thailand (63 peratus), Indonesia (46 peratus) dan Filipina (29 peratus).


“Hanya Vietnam menyaksikan penurunan sedikit (-12 peratus) selepas merekodkan hanya 2,485,168 insiden ancaman web tahun lalu berbanding 2,822,591 pada 2021,” katanya.

Ancaman berasaskan laman web atau ancaman dalam talian, merujuk kepada percubaan untuk memuat turun objek/perisian berniat jahat daripada tapak laman web berniat jahat atau dijangkiti dengan perisian hasad.

Kaspersky berkata, ancaman laman web disebabkan kesilapan pengguna, pembangun dan pengendali perkhidmatan web atau perkhidmatan laman web itu sendiri.

“Tidak kira niat atau punca, akibat ancaman laman web boleh merosakkan individu dan organisasi,” katanya.

Bernama-

Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori