Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Padah Percaya Rakan, 5...

DISPUR - Lima lelaki hidung belang dicekup polis selepas merogol seorang wanita dalam...

Mereka Mahu Islam Yang...

KUALA LUMPUR - Terdapat pihak mahukan Islam yang membuka pintu kepada perkara-perkara yang...

Kerajaan Selangor Pohon Periksa...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor memohon untuk memeriksa balas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya...

Ubah Suai IPG ...

KUALA LUMPUR - Hasrat kerajaan untuk memperkasakan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan...

AS Harap Malaysia Layak Sertai Piala Dunia 2026

KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) yang menjadi tuan rumah Piala Dunia 2026 bersama Mexico dan Kanada berharap skuad bola sepak Malaysia mampu memahat sejarah melayakkan diri buat kali pertama ke kejohanan berprestij itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Duta AS ke Malaysia, Brian D. McFeeters melihat Malaysia antara pasukan dari Asia Tenggara yang berpotensi melayakkan diri selain Thailand dan ­Vietnam.

Katanya, memandangkan penyertaan pasukan pada edisi ke-23 Piala Dunia itu dipertingkatkan daripada 32 kepada 48, beliau percaya akan ada kejutan dilakukan oleh negara Asia Tenggara yang berjaya menempatkan diri buat kali pertama.

“Saya akan berasa sangat gembira sekiranya Malaysia dapat menyertai kejohanan ini.


“Apa pun terpulang kepada Malaysia dan usaha yang ditunjukkan oleh pasukan bola sepak kamu, namun saya berharap Malaysia layak menyertainya,” katanya ketika ditemui di pejabat kedutaan baru-baru ini.

Ini kali kedua AS menjadi tuan rumah Piala Dunia selepas 1994, dan kali ini Atlanta, Boston, Dallas, Houston, Kansas city, Los Angeles, Miami, New York, New Jersey, Philadelphia, San Francisco serta Seatlle antara bandar raya yang bakal terlibat.

“Ada beberapa lagi bandar yang terlibat yang belum disenaraikan untuk penganjuran berkenaan,” ujarnya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori