Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Disangka Pemandu Uber, Kereta...

SEORANG gadis meluahkan kekesalannya di atas sikap segelintir pemandu teksi yang bertindak biadap...

Pemandu Teksi Putrajaya Mahu...

PUTRAJAYA - Kira-kira 100 pemandu teksi Putrajaya hari ini menghantar memorandum kepada Kementerian...

KDN Digesa Siasat Gambar...

KUALA TERENGGANU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa menyiasat sebuah syarikat akhbar berbahasa...

Kim Swee Gembira Dengan...

SHAH ALAM – Jurulatih skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22), Datuk Ong...

Bantuan e-Dompet Diperluas Kepada Semua Mahasiswa

Shah Alam : Kerajaan akan memperluas bantuan e-Dompet 2023 kepada semua mahasiswa di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan bantuan tersebut dapat dimanfaatkan oleh golongan berkenaan.

“Saya akan putuskan supaya e-Dompet boleh dimanfaatkan semua mahasiswa,” katanya ringkas pada Sesi Dialog Perdana Menteri bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Se-Malaysia di sini hari ini.

Isu itu dibangkitkan oleh seorang wakil pelajar yang mendapati Belanjawan 2023 meletakkan kategori penerima bantuan e-Dompet berjumlah RM200 adalah individu berusia 18 hingga 20 tahun, menyebabkan sebahagian mahasiswa tidak mendapat manfaat selain tidak boleh memohon bantuan bagi kategori bujang.

Anwar yang juga Menteri Kewangan, turut memberi jaminan bahawa Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan mengadakan beberapa rancangan segera bagi memastikan akses Internet di semua kampus di seluruh negara dalam keadaan baik.


“Arahan kita sekarang untuk Kerajaan Perpaduan, syarat pertama mesti memastikan akses (Internet) ini menyeluruh di seluruh negara,” katanya.

Menjawab pertanyaan berkaitan harga tiket penerbangan domestik yang tinggi, Perdana Menteri berkata, beliau akan berbincang dengan Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berhubung perkara itu.

“Tetapi ini di luar skop kerajaan (harga tiket penerbangan) kecuali dengan beri subsidi. Ini masuk akal dan mungkin kita perlu berunding dengan syarikat penerbangan. (Mungkin) setahun sekali diberikan… boleh, nanti kita bincang,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori