Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Editor Akhbar Di Sabah...

KOTA KINABALU - Seorang editor sebuah akhbar tempatan cedera dipercayai diserang seorang penunggang...

Kerajaan Akan Kuatkuasa Permit...

KANGAR - Kerajaan Negeri Perlis akan mempastikan syarat yang membenarkan peniaga dan individu...

Jom Amal 5 Tips...

PEJAM celik… pejam celik… umat Islam di seluruh dunia sudah pun memasuki bulan...

Pemuda PAS Rancang Bantahan...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merancang untuk mengadakan bantahan besar-besaran...

Bayi Perempuan Dalam Plastik Ditemui Di Tepi Pagar Masjid

JOHOR BAHRU – Seorang remaja terkejut selepas mendengar bunyi tangisan misteri di tepi pagar Masjid An-Nur Taman Cendana, Pasir Gudang, di sini, Sabtu lalu rupanya suara seorang bayi perempuan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mohd Iqram Haqeem Abdullah, 14, berkata, ketika kejadian pada pukul 4 pagi itu, dia bersama tiga lagi rakannya baharu pulang daripada bersahur di restoran berhampiran.

“Ketika kami nak singgah ke tandas masjid tu sayup-sayup dengar suara tangisan, berderau bulu roma kami. Kami takut dan nak lari, tetapi hati kuat nak tahu apa serta dapati datang dari satu plastik hitam tepi pagar masjid.

“Kami tak berani buka sendiri dan tahan sebuah van kilang sebelum pemandunya turun periksa plastik, rupanya ada bayi perempuan berbalut tuala berwarna kuning,”katanya di sini, hari ini.

Mohd Iqram berkata, mereka kemudiannya menghubungi talian kecemasan memaklumkan kejadian itu selain menyerahkan bayi berkenaan kepada petugas masjid berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Cendana, Shamsul Bahrin Ibrahim berkata, kejadian itu berlaku kali pertama dalam sejarah kewujudan kawasan perumahan itu kira-kira 20 tahun.

“Bayi berkenaan bernasib baik kerana diselamatkan sekumpulan pelajar sekolah, jika ia terus berada di situ mungkin berlaku kejadian tidak diingini berikutan lokasi itu kawasan anjing liar berkeliaran.


“Kami berharap perbuatan seumpama itu adalah kali terakhir kerana ia boleh menimbulkan suatu budaya yang tidak sepatutnya menjadi ikutan dan dicontohi,”katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya mengesahkan menerima maklumat penemuan seorang bayi perempuan cukup sifat dan masih bernyawa di hadapan Masjid An Nur di Taman Cendana pada 5.20 pagi pada 1 April lalu.

“Bayi dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. Keadaan bayi sihat dan normal serta kes disiasat mengikut Seksyen 317KK (buang bayi),” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Adnan Md Yassin berkata, bayi berkenaan dipercayai berusia anggaran tiga hari ketika ditemui.

“Sehingga kini tiada waris bayi yang tampil menuntutnya. Perintah Jagaan Sementara di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Johor Bahru akan dipohon bagi membolehkan pelindung kanak-kanak menguruskan dokumen-dokumen berkaitan pengenalan diri kanak-kanak,” katanya ketika dihubungi.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori