PETALING JAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan barangan asas seperti telur, ayam dan daging mencukupi menjelang Aidilfitri.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kementerian juga akan mengarahkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk memenuhi bekalan telur jika masih tidak mencukupi.
“Bagi telur import kita bincang dari masa ke semasa. Kalau bekalan telur tempatan pula tidak cukup, kita akan buat keputusan segera untuk memenuhi pasaran.
“Jika keadaan meruncing, kita akan import pada bila-bila masa. Kita sudah buat garis panduan untuk import kalau berlaku kekurangan yang ketara,” katanya selepas melancarkan Program Jualan Syawal Madani Peringkat Kebangsaan di Tapak Pasar Tani Seksyen 6, Kelana Jaya hari ini.
-Kosmo Online