Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Keputusan Filipina Hos Sukan...

KUALA LUMPUR - Keputusan sama ada Filpina bakal menjadi tuan rumah kepada temasya Sukan SEA...

Ibu Bapa Kena Hantar...

LABUAN - Persatuan Pengasuh Berdaftar Labuan meminta ibu bapa dan penjaga supaya menghantar...

Persepsi ‘Negara Islam’ Perlu...

KUALA LUMPUR - Persepsi mengenai pergerakan yang kononnya dikenali sebagai Negara Islam (IS)...

Isu Anwar: KJ Balas...

Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas kritikan...

Bekas Pegawai Bank Goldman Sachs Roger Ng Mohon Tangguh Hukuman

NEW YORK: Bekas jurubank Kumpulan Goldman Sachs, Roger Ng, meminta hakim Amerika Syarikat (AS) menangguhkan permulaan hukuman penjara 10 tahun kerana ingin menantikan ketibaan anak dan isterinya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Di dijatuhi hukuman pada awal bulan lalu kerana pembabitannya dalam penyelewengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguambela, Marc Agnifilo, meminta mahkamah membenarkan Ng menangguhkan tempoh itu sehingga Ogos ini.

Agnifilo berkata, Ng tidak pernah melihat anak perempuannya, yang kini berusia 10 tahun, selama lebih empat tahun sejak ditangkap di Malaysia pada 2018.

Katanya, Ng, yang bersetuju untuk diekstradisi ke AS untuk perbicaraan di New York pada awal 2019, juga menghadapi pendakwaan di Malaysia sebaik saja dia dibebaskan.

“Disebabkan tempoh masa yang lama serta hukuman yang akan dijalani, kami menghormati permohonan Ng untuk menghabiskan masa dua bulan bersama keluarganya sebelum menyerah diri,” katanya.


Terdahulu, Hakim Daerah AS Margo Brodie menjatuhkan hukuman kepada Ng pada 9 Mac dan memerintahkannya menyerah diri kepada pegawai penjara Persekutuan pada 4 Mei.

Peguam itu berhujah, anak guamnya bebas dalam tahanan rumah dan pemantauan elektronik sejak majistret Persekutuan di Brooklyn bersetuju membebaskannya dengan jaminan AS$20 juta (RM89 juta) pada Mei 2019, dan dia tidak pernah melanggar syarat pembebasannya.

Namun, Agnifilo berkata, pendakwa raya membantah penangguhan itu.

Jurucakap Peguam Brooklyn AS Breon Peace, John Marzulli, enggan mengulas mengenai permintaan Ng.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori