Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Maszlee Nafi Kadar Makanan...

KLUANG - Dakwaan kadar makanan sehari di sekolah berasrama penuh (SBP) dikurangkan adalah...

Makan Makanan Bayi Untuk...

KURUS dengan hanya makan makanan bayi. Tak percaya? Itu yang diamalkan oleh seorang...

Kecoh Murid Didenda, Pelajar...

MASIHKAH anda ingat berapa kali dirotan, disuruh berdiri atas kerusi, dipaksa jalan itik...

Pendaki Tertua Malaysia Sedia...

KUALA LUMPUR - Pendaki gunung tertua Malaysia James Lee Chong Meng, 69, kini...

Beli Nombor Ekor, Cari Duit Raya, Katanya

Melaka : Hasrat dua lelaki termasuk warga emas mencari duit lebih untuk perbelanjaan raya tidak kesampaian apabila mereka dicekup ketika ingin membeli nombor ekor, di Masjid Tanah, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kedua-dua lelaki itu ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam operasi Perangi Jenayah Syariah (Perjasa) yang dijalankan di beberapa lokasi di negeri ini bermula 10 pagi hingga 2 petang.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, kedua-dua lelaki terbabit masing-masing berusia 52 dan 63 tahun berada di dalam premis menjual nombor ekor ketika pasukan penguatkuasa melakukan pemeriksaan.

Beliau berkata, pihaknya mendapati kedua lelaki terbabit berada di kaunter premis dan pada awalnya mereka tidak menyedari kehadiran pasukan penguatkuasa yang memerhatikan pergerakan mereka.

“Dipercayai ketika itu mereka mungkin hendak membeli atau sedang berurusan namun sebaik menyedari kehadiran penguatkuasa kedua-duanya bergegas meninggalkan kaunter tetapi berjaya ditahan penguatkuasa JAIM.


“Ketika ditahan dan disoal siasat, mereka memberi alasan berbuat demikian untuk mencuba nasib bagi mendapatkan duit lebih bagi perbelanjaan sambutan hari raya,” katanya.

Menurut beliau, kedua-dua lelaki ini berdepan hukuman denda sehingga RM1,000 atau dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

“Ketika ditanya sama ada berpuasa atau tidak, mereka mengaku berpuasa dan kemudiannya kedua-dua lelaki itu diberikan surat perintah hadir ke pejabat JAIM.

“Tiada sebarang rampasan dibuat selain mereka ini nanti akan diambil dan dirakam keterangan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 81 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 (berjudi),” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori