Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

TMJ Lawat Pusat Rawatan...

PASIR GUDANG - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melakukan kejutan apabila...

Kerajaan Kelantan Perlu Lebih...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan perlu lebih bertanggungjawab dalam memastikan kehidupan rakyat yang...

Najib Umum Insentif Untuk...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan beberapa insentif...

Agong Bantu Mangsa Kemalangan

SHAH ALAM - Keperibadian mulia Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah...

Bilik Kucing Peliharaan Keluarga Ahmad Zahid Terbakar

KUALA LUMPUR: Kucing peliharaan keluarga Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipercayai mati dalam kebakaran bilik yang dikhaskan untuk haiwan itu di kediaman Timbalan Perdana Menteri di Country Heights, Kajang, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, berkata kebakaran membabitkan sebuah bilik berukuran 20 x 20 kaki persegi di banglo dua tingkat terbabit.

Katanya, pihak bomba menerima laporan kejadian pada jam 1.30 tengah hari sebelum anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dan BBP Bangi dihantar ke lokasi.

“Kebakaran membabitkan bilik yang menempatkan kucing peliharaan di kediaman itu dengan kerosakan dianggar 15 peratus.


“Api berjaya dipadamkan oleh anggota bomba dalam beberapa minit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Morni berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Difahamkan, ada kucing peliharaan keluarga Ahmad Zahid dilaporkan lemas akibat kebakaran itu dan ada yang terselamat, namun bilangannya tidak didedahkan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori