Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Gangguan Operasi LRT: Prasarana...

Kuala Lumpur : Prasarana Berhad (Prasarana) akan mengambil tindakan undang-undang dan menuntut pampasan...

Anthony Tidak Bijak, Pemandu...

KUALA LUMPUR - Pemandu teksi seluruh negara akan mengadakan protes selepas kerajaan memutuskan...

Rozita Che Wan Ditahan...

TERBAHARU, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta mendedahkan yang dia...

Mahathir Kantoi Isu Lulus...

SELEPAS kantoi dalam beberapa isu panas, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi malu...

Buaya Tembaga Muncul Lagi Di Sungai Melaka

MELAKA: Kemunculan semula seekor buaya tembaga hampir dua meterk di persisiran Sungai Melaka, sejak minggu lalu, selepas ‘menghilang’ sejak sembilan bulan lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kelibat dipercayai buaya sama kali pertama dirakam di kawasan pokok bakau pada Julai 2022 oleh penjaga tokong berhampiran pusat beli-belah The Shore di sini, namun ketika itu dikatakan saiznya masih kecil.

Terbaru tular video dan gambar buaya itu berjemur di dahan pokok bakau di kawasan terbabit hingga menimbulkan kebimbangan orang ramai mengenai ancaman reptilia ganas itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Low Chee Leong berkata, beliau meninjau lokasi minggu lalu, selepas dimaklumkan mengenai buaya itu yang muncul ketika cuaca panas antara jam 2 hingga 4 petang.

“Saya sendiri nampak buaya itu di persisiran The Shore. Jadi saya berharap pihak berkaitan dapat memasang papan tanda mengingatkan orang ramai yang bersiar-siar di persisir Sungai Melaka supaya berhati-hati.

“Pihak Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) juga diharap bertindak segera untuk menangkap buaya itu,” katanya dihubungi di sini.

Beliau difahamkan sejak pertengahan tahun lalu penduduk melihat buaya itu yang dipercayai bersarang di bawah jambatan kayu di persisir sungai.


“Disebabkan kerja pembinaan jambatan kayu berdekatan kawasan Bunga Raya Pantai di sini, sarang buaya mungkin diganggu dan ia menghilang untuk sementara waktu.

“Namun, apabila pembangunan jambatan kayu dihentikan baru-baru ini, buaya itu muncul semula,” katanya sambil meminta orang ramai berhati hati.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan negeri, Mohd Firrdhaus Mahmood ketika dihubungi berkata, siasatan sedang dijalankan pegawainya susulan aduan terbaru diterima.

Beliau berkata, usaha menjejaki buaya terbabit termasuk memasang perangkap dilakukan sejak tahun lalu, namun tidak berhasil.

“Pihak kami juga bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka untuk melaporkan segera jika terserempak buaya di Sungai Melaka,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori