Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ryan Reynolds Dikritik Salah...

INGATKAN selebriti Malaysia je yang selalu kena kritik kaw-kaw oleh pengikut mereka di...

APMM Tahan 32 Pati...

LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Lumut menahan 32 pendatang tanpa izin...

Golongan Muda Mula Bosan...

KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kayat mengakui perbelahan...

4 Direman 6 Hari...

PUTRAJAYA - Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman ke atas...

Budak 9 Tahun Lemas Ketika Berkelah Dengan Keluarga

BALING: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemukan lemas ketika berkelah bersama keluarganya di Loji Air Sungai Limau, Kupang, di sini hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kanak-kanak itu dan keluarganya yang menetap di Petaling Jaya, Selangor dipercayai pulang ke kampungnya di sini untuk menyambut Aidilfitri dan pergi berkelah di kawasan itu hari ini.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, mayat Muhammad Yusuf Khairuddin ditemui di dasar sungai kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi kali terakhir kanak-kanak itu dilihat.

Menurutnya, anggotanya dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.10 petang hari ini memaklumkan kanak-kanak terbabit disyaki lemas di lokasi kejadian.

“Tempat kejadian itu adalah sebatang sungai yang terletak di Kampung Sungai Limau, Kupang yang terletak bersebelahan kawasan pam sedut ban pasir.

“Menurut ibu mangsa, mereka pergi berkelah di kawasan itu pada jam 11 pagi bersama kakak iparnya biras dan lima orang anak termasuk mangsa,” katanya.

Katanya, sebelum kejadian, ibu mangsa berusia 39 tahun sedang menyuap makanan kepada tiga anaknya yang masih kecil di tepi sungai berkenaan.

“Jarak tempat terakhir mangsa di lihat dan kedudukannya hanya kira-kira 10 meter sahaja.

“Ibu mangsa memaklumkan, lima anaknya sedang mandi ketika itu termasuk mangsa yang turun ke sungai untuk mandi.


“Namun, tidak lama kemudian, ibu mangsa tersedar anaknya itu tiada di sungai berkenaan dan segera naik ke tebing sungai mencari di kawasan sekitar terbabit,” katanya.

Shamsudin berkata, ibu mangsa juga turut mencari anaknya itu di rumah saudara-mara berhampiran tetapi masih tidak ditemui.

Katanya, ibunya dimaklumkan oleh anak perempuannya yang berusia 13 tahun yang dia ternampak adiknya menuju ke arah saluran paip sedut ban pasir sebelum mangsa disedari hilang.

“Operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan pelbagai agensi termasuk polis, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Baling, mangsa akhirnya ditemui.

“Mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dilakukan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.41 petang berhubung kejadian mangsa lemas di Kampung Sungai Limau, di sini.

Jurucakap itu berkata, mayat kanak-kanak lelaki itu ditemui pada jam 4.50 petang.

Mangsa kanak-kanak itu kemudian diserahkan kepada pihak polis pada jam 5 petang untuk tindakan lanjut.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori