PETALING JAYA: Tiga kawasan di tiga negeri dilanda jerebu apabila masing-masing mencatatkan tahap udara yang tidak sihat, setakat 11 pagi ini.
Ikuti Mynewshub:Â Telegram
Sistem pengurusan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan Segamat di Johor berada pada tahap 152, sekali gus menjadi kawasan yang mencatatkan tahap udara tidak sihat yang tertinggi ketika ini.
Kota Bharu, Kelantan pula mencatatkan IPU pada 111, juga pada kategori tidak sihat diikuti Cheras, Kuala Lumpur yang mencatatkan IPU pada 103.
Turut berisiko tinggi dilanda jerebu ialah Tanah Merah yang kini mencatatkan IPU pada 100, Seberang Jaya (96), Nilai (96), Kuala Terengganu (95) dan Putrajaya (93).
Mengikut bacaan IPU, 0-50 dikategorikan sebagai baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300), berbahaya (301-400), sangat bahaya (401-500) dan kecemasan (lebih 501).
Semalam, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (KeTSA), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, fenomeÂna jerebu di negara ini dijangka lebih serius pada tahun ini berbanding dalam tempoh tiga tahun lalu apabila aktiviti perladangan dan industri kembali beroperasi seperti sedia kala.
UtusanOnline-