Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pindaan Akta Kanak-Kanak Dibentang...

KOTA KINABALU - Pindaan akta kanak-kanak yang komprehensif bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001,...

KDN Larang Tanam Pokok...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang penanaman pokok ketum secara komersial...

Kes Saman Fitnah Selesai,...

KUALA LUMPUR : Kes saman fitnah terhadap Roslin Hashim selesai secara baik selepas...

Kediaman Jamal Di Ampang...

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan empat lelaki yang dikatakan memecah masuk kediaman...

Cuaca Diramal Hujan Di Negeri Utara Pada Aidilfitri

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan cuaca hujan di negeri-negeri utara tanah air pada pagi Aidilfitri esok.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hujan diramalkan berlaku pada sebelah pagi di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Selain itu, di barat Johor serta Kudat dan Sandakan di Sabah turut diramal menerima hujan.

Bagaimanapun, tempat-tempat lain diramalkan tiada hujan.

Pada sebelah petang, METMalaysia meramalkan cuaca hujan atau ribut petir di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur, termasuk Putrajaya.


Cuaca hujan atau ribut petir turut diramal berlaku di Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah di bahagian pedalaman serta pantai barat.

Kawasan lain yang turut terjejas termasuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Miri, Limbang di Sarawak dan Sabah di Sandakan dan Tawau.

Pada sebelah malam pula, METMalaysia meramalkan hujan di satu dua tempat di Sarawak (Sri Aman, Betong, Kapit, Miri dan Limbang) serta Sabah (Bahagian Pedalaman, Pantai Barat dan Sandakan) serta Wilayah Persekutuan Labuan.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori