Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Bayaran Balik TEKUN Sejak...

KUALA LUMPUR - Jumlah bayaran balik pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN...

2 Suspek Serangan Bom...

PATTANI – Pihak Tentera Thailand menahan dua lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian serangan...

Pembangkang Didesak Jangan Kelirukan...

TUMPAT - Parti pembangkang didesak lebih rasional dan menghentikan tohmahan berhubung pelaksanaan Cukai...

Polis Masih Siasat Motif...

SHAH ALAM - Polis Selangor masih menyiasat motif sebenar kes seorang pengawal peribadi...

Curi Kabel Punca Gangguan Elektrik Menara Kinabalu

KOTA KINABALU : Menara Kinabalu yang menjadi pusat pentadbiran kerajaan negeri Sabah mengalami gangguan bekalan elektrik dipercayai akibat cubaan mencuri kabel di kawasan berhampiran, akhir minggu lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Berikutan itu, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) terpaksa menempatkan enam janakuasa mudah alih untuk membekalkan elektrik ke bangunan berkenaan, hari ini.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Ir Idris Mohd Noor, berkata beberapa perumahan dan premis komersial di kawasan berdekatan turut terjejas akibat kerosakan kabel milik syarikat utiliti itu.

Katanya, hasil siasatan pasukan teknikal SESB mendapati kerosakan ke atas talian 33 kilovolt (kV) yang membekal elektrik ke kawasan itu disebabkan cubaan memotong dan mencuri kabel terbabit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Kami dapati ada kesan potongan dan terbakar yang bertujuan untuk mencuri kabel milik SESB. Perbuatan itu menjejaskan bekalan ke beberapa kawasan di Alam Mesra, Likas dan Menara Kinabalu.

“Kerja-kerja pemulihan bekalan dilaksanakan secara berperingkat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Katanya, tindakan segera SESB berjaya memulihkan bekalan elektrik di semua kawasan yang terjejas pada hari yang sama, Ahad lalu.

Bagaimanapun, Idris berkata bekalan elektrik ke Menara Kinabalu masih terjejas berikutan berlaku lagi kerosakan kabel yang membekalkan elektrik ke bangunan terbabit lewat malam tadi.

“Kerosakan kedua ini disyaki disebabkan kerja-kerja penimbusan tanah di laluan utama kabel bawah tanah. Kerja-kerja pemulihan bekalan sedang giat dilaksanakan,” katanya.

Janakuasa mudah alih dihantar hari ini bagi memastikan operasi bangunan setinggi 33 tingkat yang turut menempatkan Pejabat Ketua Menteri Sabah dan beberapa kementerian negeri tidak terjejas.

Selain itu, difahamkan penyediaan janakuasa mudah alih itu juga bagi memastikan mesyuarat mingguan Kabinet negeri yang diadakan pada setiap Rabu berjalan dengan lancar.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori