Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Iran Gesa Perancis Beri...

TEHRAN: Iran hari ini menggesa Perancis supaya mendengar tuntutan penunjuk perasaan selain bertindak...

12 Kandang Baharu Zoo...

TAIPING - Majlis Perbandaran Taiping (MPT) yakin usaha membina 12 kandang pameran baharu...

Wanita Dan Kekasih Ditahan...

INDIANA – Seorang wanita berusia 22 tahun dan kekasihnya yang berusia 19 tahun...

Video: Lelaki Jerut Anjing...

VIDEO seorang lelaki yang melakukan kezaliman terhadap seekor anjing dengan cara menjerut haiwan...

Daging Lembu Tempatan, Ayam Segar, Ayam Tua Dan Santan Jadi Rebutan

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 4.5 tan metrik daging lembu tempatan yang dijual pada harga RM36 sekilogram (kg) habis dalam tempoh dua jam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Selain daging lembu, ayam segar dan ayam tua turut menjadi rebutan pengguna sebagai persiapan terakhir menyambut Aidilfitri.

Tinjauan di Pasar Chabang Tiga, di sini, mendapati pengguna mula memenuhi gerai menjual daging lembu tempatan, ayam dan ayam tua seawal jam 7 pagi.

Selain gerai menjual daging lembu dan ayam, gerai menjual kelapa turut dipenuhi pengunjung apabila sanggup beratur panjang untuk membeli santan.

Penjual daging, Yusof Mat Ali, 37, berkata enam ekor lembu dianggarkan seberat kira 3.8 tan metrik disembelih tengah malam tadi.

Katanya, kerja melapah enam ekor lembu siap sebelum Subuh dan terus dihantar ke pasar untuk dijual.

“Walaupun Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menetapkan harga maksimum daging lembu sekilogram adalah RM41 sekilogram, peniaga mengambil pendekatan dan bersetuju menurunkan harga daripada RM38 kepada RM36 sekilogram,” katanya.

Yusof juga mengakui dia dan beberapa peniaga lain menyediakan lebih 15 ekor lembu lagi untuk disembelih petang ini jika Aidilfitri esok.


Sementara itu, lebih 10 peniaga santan di pasar Chabang Tiga, di sini, `tidak menang tangan’ melayan permintaan pengguna.

Tinjauan mendapati lebih 100 pengunjung sanggup beratur panjang dan menunggu sehingga 30 minit untuk membeli santan.

Pengusaha santan, Wan Yusof Wan Muda, 67, mengakui sebanyak 10 tan metrik kelapa tua untuk dijadikan santan habis dijual dalam tempoh tiga jam hari ini.

Katanya, proses mengisar dan memerah kelapa untuk dijadikan santan dilakukan sejak jam 3 pagi ini.

“Bekalan santan mencukupi kerana kebanyakan peniaga sudah membuat tempahan kelapa tua sebagai persediaan menghadapi Aidilfitri sejak Khamis lalu.

“Sehingga jam 11 pagi ini, sebanyak 10 tan metrik kelapa tua sudah diproses untuk dijadikan santan,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori