Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lawatan Penasihat Khas Ke...

PUTRAJAYA - Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini menegaskan bahawa lawatan ke...

Edra Bina Loji Tenaga...

KUALA LUMPUR - Pelaburan terbesar di Kedah bakal menjadi kenyataan dengan loji tenaga...

Malaysia Terima Kunjungan 1.8...

BANGKOK – Kira-kira 1.8 juta pelancong dari Thailand melawat Malaysia tahun lepas, meningkat...

“Kami Tunggu Tetapi Cikgu...

MARANG - "Kami tunggu cikgu untuk mengajar kelas tambahan, tetapi dia tak kunjung...

Datuk Bandar Australia Saman ChatGPT Kerana Dilabel Penjenayah

MELBOURNE: Datuk bandar Australia mungkin menjadi individu pertama menyaman pencipta ChatGPT atas dakwaan chatbot yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) yang secara palsu melabelnya sebagai penjenayah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Brian Hood menghantar notis undang-undang kepada syarikat induk OpenAI bulan lalu selepas aplikasi webnya secara salah membabitkannya dalam skandal rasuah, jenayah yang dimusuhi habis-habisan.

Bagaimanapun Datuk bandar Hepburn Shire itu berkata kelemahan ChatGPT telah mengejutkannya.

“Saya berasa ngeri; saya terkejut pada mulanya kerana ia sangat tidak betul,” kata Hood kepada penyiar kebangsaan Australia.

Menurutnya, dia telah dimaklumkan mengenai hasil jawapan daripada aplikasi itu oleh rakan dan rakan sekerja.

“Menyatakan sesuatu yang salah adalah satu perkara, namun menyatakan sesuatu yang langsung tidak tepat adalah sangat tidak patut,” katanya.

Sebelum memegang jawatan, Hood telah membantu mendedahkan rasuah dan jenayah lain oleh bekas majikannya, Note Printing Australia, yang membawa kepada tuduhan jenayah terhadap beberapa individu.


Apabila ChatGPT ditanya mengenai skandal rasuah dan peranan Hood, ia mengembalikan keputusan yang mendakwa Hood telah dipenjarakan kerana rasuah, kata peguamnya dalam satu kenyataan.

Apabila AFP mengemukakan soalan yang setanding dengan versi percuma alat AI itu pada Khamis, ia masih memberikan jawapan palsu yang sama mengenai peranan Hood.

Hood berkata beliau masih belum menerima maklum balas daripada OpenAI selepas peguamnya mengeluarkan notis undang-undang pada 21 Mac menuntut pembetulan bagi mengelak tindakan mahkamah.

OpenAI masih belum menjawab permintaan untuk komen, tetapi chatbotnya membawa amaran penafian bahawa ia “mungkin menghasilkan maklumat yang tidak tepat mengenai orang, tempat atau fakta”.

James Naughton dari Gordon Legal, yang mewakili Hood berkata, maklumat yang dibekalkan oleh ChatGPT adalah fitnah dan merosakkan reputasi datuk bandar itu.

“Kesilapan kritikal ini adalah contoh yang membuka mata mengenai kemudaratan reputasi yang boleh disebabkan oleh sistem AI seperti ChatGPT,” kata Naughton.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori