Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kanak-kanak Lelaki Maut, 12...

KOTA TINGGI: Seorang kanak-kanak maut, manakala 12 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lima...

Melaka Naik Taraf Bangunan...

MELAKA - Kerajaan Melaka akan menaik taraf sembilan bangunan kerajaan negeri dan anak...

Lelaki Dipenjara 6 Bulan...

KUCHING – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara selama 6 bulan dan denda RM10,000...

Jawatankuasa Bersama Ditubuh Transformasi...

KUALA LUMPUR - Jabatan Perdana Menteri dan Parlimen Malaysia bersetuju menubuhkan jawatankuasa bersama...

Doktor Kontrak Tak Mogok Hari Ini

KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menjelaskan tiada mogok doktor kontrak di kemudahan kesihatan awam di seluruh negara, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun, Presiden MMA, Dr Muruga Raj Rajathurai, berkata orang ramai masih bimbang dengan jangkaan mogok dan isu itu perlu ditangani.

“MMA menerima panggilan daripada orang ramai yang bertanyakan sama ada kemudahan penjagaan kesihatan awam beroperasi seperti biasa hari ini. Kami memberikan jaminan kepada mereka ia sememangnya beroperasi.

“Tetapi kami berharap, Kementerian Kesihatan (KKM) melalui mesej yang lebih kerap diuar-uarkan menerusi kenyataan akhbar dan kemas kini media sosial, akan meredakan kebimbangan itu dan meyakinkan orang ramai semua perkhidmatan penjagaan kesihatan awam disediakan tanpa sebarang gangguan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Muruga berkata, mesej mengenai isu mogok doktor kontrak yang menimbulkan panik dan ketakutan juga tersebar di media sosial dan ia juga perlu dibalas dengan mesej yang betul daripada pihak berkuasa.


“Kami menasihatkan orang ramai untuk mengesahkan maklumat yang mereka terima dan hanya mempercayai sumber yang boleh dipercayai untuk sebarang berita atau kemas kini,” katanya.

Media semalam melaporkan kumpulan doktor kontrak yang merancang untuk mengadakan mogok selama tiga hari bermula hari ini, tidak berganjak daripada keputusan mereka untuk meneruskan tindakan itu.

Jurucakap kumpulan itu yang dikenali sebagai Mogok Doktor Malaysia di Instagram, mendakwa seramai 10,000 hingga 12,000 petugas kesihatan akan menyertai mogok berkenaan.

Katanya, mereka tidak akan hadir bertugas selama tiga hari bermula hari ini, dengan mengambil cuti sakit atau cuti kecemasan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori