Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Nyanyian Masa Ulangkaji Pun...

LAMAN mikro Twitter sensasi dengan rakaman video seorang siswa daripada Universiti Teknologi Mara...

ToR Pastikan Hubungan Tentera...

BANGKOK - Tentera Darat Malaysia dan Tentera Darat Diraja Thailand akan mengembangkan lagi...

Malaysia Capai 2 Lagi...

NAJIB: Malaysia Capai 2 Lagi Milestone

Produk Mentega Kacang Jenama...

PUTRAJAYA – Syarikat pengimport produk mentega kacang jenama Jif, diarahkan menarik balik produk...

Dua Kanak-kanak Lemas Ketika Mandi Sungai

SEGAMAT: Dua kanak-kanak lelaki ditemukan lemas ketika mandi di Sungai Pulau Jering, Kampung Bukit Tunggal di sini, petang semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada keluarga mangsa kira-kira pukul 5.10 petang.

“Kedua-dua mangsa disedari lemas oleh salah seorang bapa kanak-kanak tersebut yang kebetulan melalui kawasan berkenaan sebelum meminta bantuan orang awam.

“Dengan bantuan penduduk kampung, kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan dari sungai berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri. Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di sebuah klinik swasta di sini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mangsa dikenal pasti sebagai Muhammad Khalifi Kamaruzaman, 13, dan Ahmad Muhammad Ibnu Hermee, 12.


Tambah Ahmad Zamry, kedua-dua kanak-kanak terbabit adalah murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tunggal dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jementah.

Menurutnya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kedua-dua mangsa pergi untuk mandi di sungai berkenaan.

Ahmad Zamry berkata, kedua-dua mangsa seterusnya dikejarkan ke sebuah klinik swasta terdekat namun disahkan meninggal dunia.

“Bedah siasat dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Daerah Segamat (HDS) hari ini bagi mengenal pasti punca kematian. Tiada sebarang unsur jenayah ke atas kematian kedua-dua mangsa. Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori