MANILA: Presiden Filipina, Ferdinand R. Marcos mengisytiharkan tarikh 21 April ini sebagai cuti umum sempena menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Marcos atau lebih mesra disapa ‘Bongbong’ menandatangani Proklamasi No:21 yang mengisytiharkan tarikh 21 April sebagai cuti umum.
Berdasarkan laporan media tempatan, perintah itu ditandatangani semalam.
Berdasarkan proklamasi itu, Suruhanjaya Kebangsaan Filipina Muslim (NCMF) yang mengesyorkan kerajaan untuk mengisytiharkan tarikh itu sebagai hari cuti umum.
“Keputusan mengisytiharkan cuti umum itu bertujuan membawa kepentingan agama dan budaya Hari Raya Aidilfitri ke peringkat kesedaran kebangsaan.
“Ia juga membolehkan orang ramai berkumpul bersama saudara-mara beragama Islam dalam keadaan aman dan harmoni,” jelas proklamasi itu.
UtusanOnline-