Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Peserta Job Fair Pastikan...

KUANTAN - Orang ramai yang baharu mendapat kerja, khususnya menerusi program Job Fair...

Program Jualan Prihatin PN...

Kita sambut baik usaha bantu rakyat oleh mana-mana pihak, namun ada persoalan di...

Pendidikan Teknikal, Latihan Kemahiran...

KUALA LUMPUR - Usaha bersepadu dan menyeluruh perlu untuk mengarusperdanakan sektor Pendidikan Teknikal...

Penduduk Kampung Di Kaki...

KUNDASANG - Kehidupan di kampung-kampung dan pekan sekitar di kaki Gunung Kinabalu secara...

Gua Musang Mula Sibuk

GUA MUSANG : Daerah ini mula menerima kemasukan kenderaan bertali arus sehingga menyebabkan laluan alternatif sejauh enam kilometer sesak dengan kenderaan perantau yang pulang sempena Aidilfitri.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tinjauan di Hentian Gua Musang sehingga ke Simpang Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, hari ini, mendapati laluan terbabit mula mengalami kesesakan.

Perantau, Amila Abdullah, 25, berkata dia bersama ahli keluarga menempuh perjalanan lebih 11 jam dari Cheras ke Gua Musang.

“Terdapat sesetengah tempat mengalami kesesakan yang teruk dan antaranya di Gombak, Raub, Kuala Lipis dan Merapoh, Pahang.

“Kami bertolak dari rumah di Cheras pada jam 1 pagi tadi dan sampai di Hentian Gua Musang pada 11 pagi ini.


“Pada mulanya kami merancang untuk melalui Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) namun aplikasi “Waze” membawa kami ke jalan ini. Jadi kami terpaksa lalui jalan alternatif Gua Musang-Kuala Lipis walaupun sudah mengetahui risikonya,” katanya yang akan pulang ke Tanah Merah.

Sharul Aiman, 34, berkata dia memilih untuk menggunakan laluan Simpang Pulai-Lojing-Gua Musang bagi mengelak jalan utama Gua Musang-Kuala Lipis ditutup.

Katanya, sebelum pulang dia sempat menghubungi rakan yang tinggal di daerah ini untuk mendapatkan maklumat jalan alternatif.

“Alhamdulillah pilihan saya tepat apabila tidak berhadapan dengan kesesakan kenderaan. Perjalanan saya dan keluarga lancar,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori