Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jual Air Mani….Seorang Lelaki...

GILA...derma air mani kini menjadi satu perkara yang mendatangkan wang. Atas sebab itu...

Saksi Kes Rogol ADUN...

IPOH - Dua saksi termasuk mangsa kes rogol pembantu rumah membabitkan Ahli Dewan...

Pulau Di Mersing Ditutup...

JOHOR BAHRU – Pulau-pulau pelancongan di daerah Mersing dijangka ditutup pertengahan atau akhir...

Baru 13 Tahun Tapi...

BAHARU berusia 13 tahun, namun budak ini sanggup meracun rakan sekelasnya dengan ubat...

Guru Kerugian RM78,000 Diperdaya `Yasmin’

ALOR GAJAH: Seorang guru wanita kerugian RM78,000 selepas terpedaya dengan tawaran kerja sambilan secara dalam talian yang tidak wujud.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah, Superintenden Arshad Abu berkata guru teknologi maklumat dan komunikasi di syarikat swasta yang berusia 27 tahun itu menerima mesej menerusi aplikasi WhatApps daripada seorang individu bernama ‘Yasmin’ pada 31 Mac lalu, jam 5.57 petang ketika berada di rumahnya di sini.

“Suspek telah menawarkan kerja untuk pengadu membuat ulasan di tempat-tempat yang terdapat dalam Google Maps dan mangsa bersetuju serta menjalankan tugas seperti yang diarahkan.

“Semasa menjalankan tugasnya, guru terbabit diarahkan untuk membuat bayaran ke dalam akaun bank terlibat untuk tujuan membantu menambah keyakinan pelabur terhadap syarikat dan mangsa membuat pembayaran atas dasar pelaburan kepada syarikat suspek,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Arshad berkata mangsa melakukan pindahan wang miliknya secara berperingkat pada 1 dan 2 April berjumlah RM78,000 ke dalam akaun yang diberikan.


Katanya, mangsa kemudian menyedari bahawa dirinya telah ditipu dan membuat laporan di Balai Polis Masjid Tanah semalam.

Beliau berkata bagaimanapun, selepas laporan polis dibuat, mangsa hanya menerima wang sebanyak RM46 dan dijanjikan akan dibayar lagi kemudian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan pihak polis juga ingin mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati serta tidak mudah percaya dengan tawaran sedemikian.

“Masyarakat juga diminta supaya segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 untuk tindakan pantas menyekat wang yang diserahkan kepada sindiket penipuan,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori