Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Gambar: 7 Unit Kedai...

KUALA LUMPUR - Sebanyak tujuh unit kedai di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R)...

Lebih 10 Juta Dos...

KUALA LUMPUR - Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sekali lagi mencatatkan jumlah pemberian...

Kesan Covid-19, Paru-Paru Berfungsi...

KUALA LUMPUR - Akibat virus Covid-19, separuh daripada paru-parunya kini sudah tidak boleh...

PM Itali Umum Perintah...

GENOA - Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte mengisytiharkan darurat selama 12 bulan di...

Hanya Fikir Mati Syahid – Pelajar Malaysia Di Sudan

SEPANG: “Kalau saya mati, saya hanya fikir mati syahid,” kata Abdul Rahman Mohd. Nuh, 25, pelajar Malaysia di Sudan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Itu yang dikongsi pelajar tahun satu Maahad Bilal Asharie itu sebaik ditanya apa perasaaannya apabila berada di tengah-tengah konflik peperangan di Sudan baru-baru ini.

Abdul Rahman yang berasal dari Kuala Langat tiba di tanah air petang tadi selepas berjaya dibawa keluar dari Sudan ke Jeddah, awal pagi semalam.

Menurutnya, terdapat empat orang pelajar Malaysia menuntut di Sudan termasuk dirinya.

“Sebelum perang meletus, saya dan rakan-rakan lain sudah mula melihat askar-askar berjalan di tepi jalan, namun tidak mengagak apa-apa buruk bakal berlaku.

“Bagaimanapun, sehari selepas itu (25 Ramadan) perang meletus dan kami mendengar bunyi tembakan dan berbalas tembakan,” katanya.

Katanya, sejak itu, dia dan pelajar lain tidak dibenarkan hadir ke kelas dan masjid serta terpaksa berlindung di tempat selamat.


Abdul Rahman berkata, peperangan meletus sehinggalah tiga hari sebelum 1 Syawal di mana bunyi tembakan dapat didengar sepanjang hari.

Sementara itu, seorang pekerja Petronas, Azim Rosli, 38, berkata, dia sepatutnya pulang beraya pada 18 April, namun terkandas akibat konflik berkenaan.

“Perang mula meletus pada 15 April lalu menyebabkan perjalanan pulang saya ke tanah air terkandas,” katanya.

Katanya, dia pernah berdepan situasi perang di Sudan terutama ketika rampasan kuasa oleh tentera pada 2021, namun kali ini keadaannya lebih teruk.

Azim berkata, seminggu sebelum perang meletus, pihak kedutaan sudah mengeluarkan arahan supaya menyimpan bekalan makanan mencukupi sebagai persiapan berdepan sebarang kemungkinan.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori