TOKYO: Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dipindahkan dari sebuah pelabuhan di Wakayama selepas satu letupan berlaku di kawasan itu.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Bagaimanapun, pemimpin itu tidak mengalami kecederaan dalam insiden itu.
Beberapa laporan media termasuk agensi berita Kyodo melaporkan letupan itu dipercayai `bom asap’ dilemparkan di namun tiada laporan segera mengenai kecederaan atau kerosakan di lokasi kejadian.
Stesen penyiaran NHK melaporkan seorang suspek ditahan di lokasi kejadian Wakayama yang mana Kishida dijangka memberi ucapan dalam majlis.
Tiada pengesahan segera berhubung insiden itu, dengan polis tempatan tidak mahu mengulas lanjut.
Rakaman disiarkan NHK menunjukkan pasukan keselamatan dan polis menahan suspek di tengah-tengah kekacauan dalam kalangan khalayak.
Jepun meningkatkan keselamatan negara selepas insiden Perdana Menteri, Shinzo Abe maut ditembak semasa berkempen dalam satu majlis pada Julai tahun lalu.
Letupan itu berlaku ketika Jepun mengadakan mesyuarat Menteri-Menteri Luar G7 di utara Sapporo, bandar Karuizawa di Nagano menjelang sidang kemuncak pemimpin Mei di Hiroshima.
UtusanOnline-