Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

13 Remaja Ditahan Berlumba...

JOHOR BAHRU - Polis menahan 13 remaja berumur dalam lingkungan 11 dan 15...

Dulu Tuduh Jual Negara,...

SELEPAS menuduh kerajaan sebelum ini menjual kedaulatan kepada China, menteri kerajaan Pakatan Harapan...

Hutan Paya Bakau Pantai...

SEREMBAN : Hutan paya bakau Pantai Cermin di Port Dickson, dekat sini, didakwa...

27 Kanak-Kanak Sedang Belajar...

MONROVIA - Kebakaran yang berlaku di sebuah sekolah Islam di Liberia mengorbankan sekurang-kurangnya...

Isteri Maut Dipercayai Dipukul Suami Dengan Tukul Besi

DUNGUN: Wanita maut disyaki dibunuh suaminya sendiri dengan tukul besi di Kampung Besol, Bukit Besi, dekat sini, pagi tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, mangsa Rubiah Sabtu, 41, disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian muka dan kepala.

Mangsa sebelum itu dikatakan menghantar anak perempuan berusia enam tahun yang juga anak tiri suspek ke tabika dan sebaik tiba di rumah, berlaku perselisihan faham di antara mangsa dan suspek berusia 32 tahun.

Perselisihan faham itu dikatakan membawa kepada pembunuhan itu dan suspek yang ketakutan selepas melakukan kejadian itu dikatakan keluar dari rumah dan pergi ke rumah saudaranya tidak jauh dari situ sebelum menceritakan kejadian itu.

Keluarga suspek yang dimaklumkan kejadian itu kemudiannya bertindak melaporkan kejadian itu kepada polis.

Difahamkan suspek baru mendirikan rumah tangga dengan mangsa sejak tahun lalu dan mempunyai seorang anak perempuan berusia enam bulan dan mangsa bekerja peniaga kecil di kampung itu.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Daerah Dungun, Superintendan Baharuddin Abdullah Ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.

Menurutnya, polis yang menerima laporan itu kemudiannya bergegas ke tempat kejadian dan sepasukan anggota forensik turut dipanggil bagi menjalankan siasatan.

“Mayat mangsa kemudiannya di bawa ke Bilik Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah HSNZ Kuala Terengganu untuk bedah siasat.

“Polis sudah menahan suspek untuk siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif pembunuhan dan kes disiasat Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori