Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Polis Berjaya Tumpaskan ‘Geng...

JERANTUT - Polis menumpaskan kumpulan curi motosikal yang dikenali sebagai Geng Sapak hasil...

Pertimbang Rumah Transit Buat...

PETALING JAYA – Kerajaan perlu mempertimbangkan cadangan untuk mewujudkan perumahan transit khususnya buat...

100 Hari: Kos Sara...

TANGGAL 9 Mei 2018 menjadi satu sejarah kepada Malaysia apabila kerajaan BN yang...

Anjing Naik Bas Untuk...

SEATTLE – Lazimnya, di negara-negara Barat mungkin pernah dilihat ada penumpang membawa anjing kecil...

JKKP Perak Siasat Dua Kes Kemalangan Maut Di Tempat Kerja

IPOH : Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak sedang menjalankan siasatan berhubung dua kes kemalangan maut di tempat kerja, kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarahnya, Dr. Rabaayah Daud berkata, insiden itu masing-masing berlaku di Terminal Maritim Lumut membabitkan lelaki tempatan berusia 20 tahun dan dua lelaki warga Bangladesh di kawasan kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai.

“Kes pertama di Lumut membabitkan lori dipandu mangsa terjatuh ke dalam laut. Kejadian berlaku ketika mangsa sedang menjalankan kerja-kerja pemunggahan batu kapur.

“Pasukan siasatan diarahkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan. Berdasarkan siasatan awal, JKKP telah mengeluarkan arahan kepada majikan untuk mengambil tindakan penambahbaikan agar insiden sama tidak berulang,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, kejadian kedua ialah kemalangan melibatkan dua lelaki warga asing yang maut setelah jengkaut yang dipandu terbalik dari cerun jalan di kawasan kuari di Simpang Pulai.

Katanya, siasatan mendapati, salah seorang mangsa berusia 26 tahun merupakan pekerja di syarikat kuari manakala seorang lagi mangsa masih belum diketahui identitinya.


“Susulan daripada siasatan awal yang dijalankan, kita telah mengeluarkan larangan kacau ganggu sehingga siasatan lanjut dan tindakan penambahbaikan diambil oleh pihak majikan.

“Satu notis pembaikan telah dikeluarkan kepada majikan kerana gagal menyediakan sistem kerja selamat bagi aktiviti pengoperasian jengkaut di kawasan kuari tersebut,” katanya.

Susulan kejadian itu, Rabaayah berkata, JKKP Perak akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

“JKKP memandang serius setiap kemalangan melibatkan pekerja mahupun orang awam dan majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja.

“Kejadian seumpama ini boleh dielakkan jika majikan melaksanakan penaksiran dan kawalan risiko yang komprehensif mengikut kaedah yang dinyatakan dalam Garis Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC),” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori