Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Hasil Bidaan JPJeBid Cecah...

KOTA BHARU - Hasil kutipan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid)...

Kesemua Pemancing Bot Karam...

LANGKAWI - Pasukan mencari dan menyelamat yang diketuai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)...

FAM Denda Gary Robbat...

KELANA JAYA - Pemain kebangsaan, Gary Steven Robbat didenda RM50,000 serta digantung tiga...

Kestabilan Politik Penting Demi...

KUALA LUMPUR - Exco kerajaan Selangor daripada DAP, Datuk Teng Chang Khim berkata...

Kadar Dividen Simpanan SSPN 2022 Sebanyak 3.05 Peratus

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan agihan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bagi tahun 2022 sebanyak 3.05 peratus.

Dalam masa yang sama, PTPTN turut mengumumkan Ganjaran Kesetiaan 2023 sebanyak satu peratus bagi pendeposit yang membuka akaun Simpan SSPN Prime dari tahun 2004 hingga 31 Disember 2019.

Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2023 tersebut menawarkan peluang ganjaran sehingga RM8,000 dan tempoh kempen adalah dari 5 April hingga 31 Julai 2023.

Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, simpanan untuk pendidikan tinggi adalah perkara yang sangat kritikal.

“KPT sentiasa memandang serius budaya amalan menabung untuk pendidikan. Galakan demi galakan diperkenalkan agar masyarakat menyahut secara besar-besaran seruan menabung untuk pendidikan.


“Ia bukan sahaja mengurangkan kebergantungan masyarakat kepada pinjaman, tetapi berupaya mengelakkan anak-anak dibelenggu hutang apabila tamat pengajian.

“Misi ini selaras dengan konsep Malaysia Madani yang menekankan tentang kesejahteraan ekonomi dan sosial demi malaysia yang lebih maju dan makmur,” katanya pada Pengumuman Dividen Simpan SSPN 2022 dan Pelancaran Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2023 di sini hari ini.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori