Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pengorbanan Ketepi Perbezaan Asas...

KUALA LUMPUR - Pengorbanan semua pihak dengan mengetepikan perbezaan antara satu sama lain...

Beberapa Kawasan Di Pulau...

GEORGE TOWN : Beberapa kawasan di bahagian pulau di sini dilanda banjir kilat...

9 Mati Tercekik Mochi...

SEMBILAN orang dilaporkan meninggal dunia di Jepun selepas tercekik sejenis kek pulut tradisional...

“Menari Untuk Suami, Biarlah...

MAJLIS perkahwinan pastinya akan menjadi detik yang paling indah sekali bagi setiap pengantin...

Kerjasama DAP-UMNO Bukan ‘Kahwin Paksa’ – Loke

PUTRAJAYA : Hubungan DAP dan UMNO tidak boleh diibaratkan sebagai ‘kahwin paksa’ sebaliknya ia adalah kerjasama politik untuk mewujudkan sebuah kerajaan stabil.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, perkahwinan adalah institusi yang perlu dipertahankan dalam kerjasama, namun konsep perkahwinan tidak sesuai digambarkan dalam politik.

Justeru, beliau ingin mengingatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dibuat atas nasihat Yang di-Pertuan Agong.

“Sebagai bekas Perdana Menteri, adakah beliau mahu lihat perpecahan dalam Kerajaan Perpaduan.

“Dalam apa juga kerjasama termasuk dalam Kerajaan Perpaduan, kami seboleh-bolehnya cuba untuk kukuhkan hubungan itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, semua gabungan dalam Kerajaan Perpaduan adalah parti-parti berlainan tetapi masing-masing meraikan perbezaan dan ia dilaksanakan dengan matang.


Ditanya sama ada wujud arahan untuk menghalang mana-mana pemimpin DAP daripada bersuara, Loke berkata, mereka berhak untuk menyampaikan pandangan masing-masing.

“Saya tidak boleh letak arahan mana-mana pemimpin untuk tidak bersuara. Saya dapati pandangan dikemukakan itu adalah pendapat peribadi,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Ismail Sabri mendakwa ‘kahwin paksa’ antara UMNO dan DAP tidak akan berjaya sama ada di peringkat kepimpinan tertinggi atau di peringkat akar umbi.

Bekas Naib Presiden UMNO itu berkata, beliau sudah mula melihat keretakan ‘perkahwinan paksa’ itu selepas wujud serangan secara terbuka antara pemimpin-pemimpin parti kerajaan ketika ini dan kerjasama antara bekas parti politik yang bertelagah tidak akan kekal lama.

Sebelum ini juga, bekas Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed secara terbuka mengkritik DAP, malah kritikan itu juga mendapat reaksi daripada pemimpin DAP, Lim Kit Siang.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori