Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Benarkan Pengiraan Undi...

GEORGE TOWN - Mahkamah Pilihan Raya hari ini membenarkan permohonan pengiraan undi semula...

Tiada Tolak Ansur Jika...

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menegaskan beliau...

Nasi Daging Kawah Pak...

PENDANG - Nasi daging jika kena cara, mampu membangkit selera peminatnya. Itulah keunikan di...

Pekerja Malaysia Dipenjara Kerana...

SINGAPURA – Seorang pekerja warga Malaysia dihukum penjara tiga bulan oleh sebuah mahkamah...

LCS Guna Enjin Jerman, Peluru Berpandu Norway

KUALA LUMPUR : Kelewatan pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) tidak akan menjejaskan keupayaan kapal itu, terutamanya berkaitan enjin dan peralatan lain yang dibeli lebih awal, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata enjin diesel LCS yang diperoleh daripada MTU Services dari Jerman, sentiasa diuji dan berada dalam keadaan baik.

“Enjin tiada masalah. Kita guna yang sama. Begitu juga kotak gear, baling-baling. Baling-baling ini yang akan tentukan kelajuan dan macam mana kapal ini dioperasikan nanti, syaf juga (kita guna) yang sama.

“Namun kita perlu naik taraf, ubah suai dan tambah nilai CMS (Communication Management System). Kerana itu (yang lama). Banyak kita pakai suis yang perlu ditambah baik, termasuk juga kita sudah menukar jenis peluru berpandu yang kita hendak pakai. Sekarang ini kita ambil dari negara Norway,” katanya.

Beliau berkata, demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Ahmad Azam Hamzah yang ingin mengetahui sama ada kelewatan pembinaan LCS menjejaskan kemampuan kapal itu dengan penggunaan barang lama pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Sementara itu, Mohamad berkata, Kementerian Pertahanan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dalam siasatan dan pendakwaan berkaitan pembinaan LCS.


“Ada syarikat yang kita nak lupuskan daripada menjadi orang tengah dan persetujuan untuk ini telah kita capai. Cuma ada satu kaveat yang kita tidak mahu, iaitu mereka minta dikecualikan daripada apa jua sebarang tindakan pada masa akan datang.

“Kami tidak mahu berkompromi dalam hal itu. Sebab apa, bagi kami di Kementerian Pertahanan, terpulang kepada agensi yang menyiasat dan agensi pendakwaan itu bukan dalam ruang lingkup kementerian. Jadi, siapa sahaja yang akan disiasat terpulang kepada mereka” katanya.

Beliau berkata,, ketika ini kementerian bersetuju untuk menandatangani ‘Universal Settlement Agreement’ untuk menyelesaikan hal berkait orang tengah berkenaan.

“Kita akan bayar (syarikat) ‘Contraves Advance Devices’ ini. Pembayaran tersebut memang perlu dibayar untuk menyelesaikan (bayaran) kepada OEM (pengilang peralatan asal),” katanya.

-Berita Harian

  • Lagi berita berkaitan:
  • LCS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori