Friday, January 10, 2025

Creating liberating content

Bekalan Vaksin Cukup Bagi...

PUTRAJAYA - Bekalan vaksin Covid-19 bagi program pemberian dos ketiga (dos penggalak) dan...

Pasaran Hartanah Kekal Mencabar

KUALA LUMPUR - Unjuran ke atas pasaran hartanah dijangkakan terus mencabar dengan bekalan...

Lokman Bukan Dipecat, Tetapi...

KUALA LUMPUR - Datuk Lokman Noor Adam bukan dipecat daripada jawatan Majlis Kerja...

200 Maut Dalam Pertempuran...

SANAA - Sekurang-kurangnya 200 orang terbunuh di pinggir ibu negara Yaman dalam pertempuran...

Lelaki Cedera Di Kaki Terkena Tembakan

BACHOK: Seorang lelaki cedera pada bahagian kaki selepas dipercayai terkena satu das tembakan semasa berada berhampiran sebuah bangsal di Kampung Tepus, Pauh Lima di sini hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi ketika mangsa bersama rakannya berada di sebuah bangsal berdekatan dengan tali air di kampung berkenaan.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Sabri,60-an, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas didatangi anggota polis ke rumahnya yang terletak kira-kira 50 meter dari bangsal tersebut.

Menurutnya, dia tidak menyedari kejadian itu sebelum dimaklumkan oleh anggota polis yang menjalankam siasatan di kawasan tersebut.


“Saya difahamkan, seorang lelaki bermotosikal telah menghampiri bangsal itu sebelum melepaskan satu das tembakan ke udara dan satu das lagi ke arah mangsa.

“Tembakan itu terkena pada kaki mangsa dan suspek telah melarikan diri dengan motosikalnya,” katanya ketika ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Sabri memberitahu, rakannya yang melihat mangsa cedera akibat terkena tembakan itu terus menghubungi ambulans.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori