Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Bekas Pondan Doakan Sajat...

NAMA Jefferi Mohd Nor menjadi viral baru-baru ini apabila videonya mengakui pernah bergelar...

‘Saya Masih Menangis Hingga...

KUALA LUMPUR - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri...

Kipas Sebagai Makmum, Pelaku...

GEORGETOWN - Perbuatan menjadikan kipas sebagai makmum atau imam ketika menunaikan solat jelas...

131 Cerun Runtuh Dalam...

GEORGE TOWN - Sebanyak 131 kejadian cerun runtuh berlaku di Pulau Pinang berikutan...

Lelaki Tabur Paku Tiada Kaitan Aktiviti Tunda Kereta

IPOH – Polis menafikan dakwaan mengatakan lelaki yang ditahan kerana menabur paku di atas jalan raya semasa memandu kereta di Pusing, Batu Gajah Jumaat lalu, ada kaitan dengan aktiviti menunda kereta.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri sebaliknya berkata, lelaki berusia 45 tahun itu dipercayai bertindak demikian kerana berada di bawah pengaruh dadah.

“Ujian air kencing yang dilakukan ke atas suspek mendapati positif dadah. Suspek juga bukan seorang mekanik dan tidak bersekongkol dengan mana-mana geng tarik kereta.

“Lelaki itu macam ‘psiko’ sikit, (mungkin) kerana dia berada di bawah pengaruh dadah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di IPK Perak, di sini, hari ini.


Suspek yang memandu kereta jenis Nissan Almera itu ditangkap pada pukul 3 pagi Sabtu lalu, di Changkat Larang, Lahat selepas lima jam video kejadian tular di Facebook.

Sementara itu dalam perkembangan lain beliau berkata, polis Perak merekodkan kutipan kompaun sebanyak RM1.83 juta hasil pembayaran saman pesalah trafik dalam tempoh 12 hari bermula 20 hingga 31 Mac lalu.

Katanya, diskaun saman trafik 60 peratus itu dilaksanakan sempena Sambutan Hari Polis ke-216 tahun ini.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori